
Berlangsungnya Festival Filem Antarabangsa Toronto 2024 (TIFF24), jenama fesyen Dolce&Gabbana memberi impak yang ketara sepanjang tempoh ini.
Para selebriti yang hadir, digayakan dengan balutan Dolce&Gabbana, memberikan satu rupa yang sangat mahal, menawan dan berkelas dalam rona hitam.
Berikut empat selebriti wanita yang Miss Murai rasakan terlalu glamor rupanya dan paling menonjol dalam balutan Dolce&Gabbana.
Menyerlah dalam sarungan gaun cady sutera, gaunAngelina Jolie itu memiliki perincian ruching dan dipadankan dengan sepasang sarung tangan sutera semasa menghadiri tayangan perdana “Without Blood” pada 8 September 2024.
- Foto – Dolce&Gabbana
Manakala aktres Mena Suvari pula mengenakan gaun bercetak polkadot tanpa tali yang memiliki perincian renda. Penampilannya itu dilengkapkan dengan beg kulit paten Sicily.
- Foto – Dolce&Gabbana
Aktres Teresa Palmer hadir dalam sarungan gaun tulle bersulam labuci yang diperincikan dengan busur satin sutera. Bahagian dalamnya, Teresa mengenakan bra dan seluar satin. Untuk aksesorinya pula, beg satin berlogo “DG” melengkapkan penampilannya pada hari itu.
- Foto – Dolce&Gabbana
Yang terakhir, aktres Kiernan Shipka- menyarungkan gaun cady satin dengan perincian bunga dari koleksi DG SS24. Gaun halterneck tersebut memberikan ilusi badan yang menggoda sambil mengekalkan karismanya.
- Foto – Dolce&Gabbana / @kiernanshipka (IG)
Gaya yang mana satu menjadi kesukaan kamu?
The post Hadir Memeriahkan TIFF24, 4 Selebriti Ini Nampak Mahal Dalam Balutan Hitam Dolce&Gabbana appeared first on Miss Murai.