Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Royal Selangor: Terokai Koleksi Peribadi Tengku Ampuan Pahang Secara Lebih Dekat Di Pameran Tenun Pahang Diraja

$
0
0

Baru-baru ini Miss Murai berpeluang untuk menyaksikan secara lebih dekat koleksi-koleksi peribadi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj di Pameran Tenun Pahang Diraja, yang dipamerkan di Royal Selangor.

Pameran ini mempamerkan seni Tenun Pahang Diraja yang rumit, tradisi tenun diraja yang berakar umbi dalam sejarah Pahang.

Semasa pameran ini, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bertitah tentang sejarah dan kepentingan Tenun Pahang Diraja, menonjolkan asal usulnya di Pekan, Pahang dan ketukangan mahir di sebalik fabrik tenunan.

Foto – Royal Selangor

Pameran ini adalah sebahagian daripada misi Royal Selangor untuk mewujudkan kesedaran tentang kraf tradisional, sama seperti warisan mereka sendiri dalam ketukangan piuter.

Apa yang membuatkan Miss Murai tertarik sepanjang pameran ini adalah koleksi peribadi Tengku Ampuan Pahang sendiri, di mana setiap satunya menceritakan kisah unik ketukangan dan tradisi. Bukan itu sahaja, pameran itu juga termasuk tentang alatan penting dan proses di sebalik seni tenunan Pahang.

Foto – Royal Selangor

Salah satu tarikan pameran yang kamu tak boleh lepaskan adalah kain tenun Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang semasa pertabalan Raja Charles III dan pertabalan suaminya, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pameran Tenun Pahang Diraja ini dibuka kepada orang ramai di Royal Selangor Visitor Centre, menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk menyelami dengan lebih mendalam tentang sejarah tekstil dan ketukangan Malaysia yang kaya. Pameran ini dijangka akan berlangsung sepanjang bulan September.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ✨Miss Murai✨ (@missmuraimy)

Maklumat lanjut mengenai Pameran Tenun Diraja Pahang atau Royal Selangor, layari web https://visitorcentre.royalselangor.com/ atau ikuti media sosial @royalselangorvisitorcentre.

The post Royal Selangor: Terokai Koleksi Peribadi Tengku Ampuan Pahang Secara Lebih Dekat Di Pameran Tenun Pahang Diraja appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271