
Khas untuk Musim Luruh/Dingin 2024 (AW24) kali ini, jenama sukan Jepun, Onitsuka Tiger telah mempersembahkan visual kempennya yang menampilkan duta jenamanya iaitu Conan Gray.
Berbeza daripada kempen yang lain, kali ini Onitsuka Tiger menonjolkan suasana retro. Sesuai dengan personaliti selebriti itu sendiri, visual kempen yang unik ini menampilkan gaya retro ikonik Conan dalam rona yang unik di Los Angeles.
Sekadar info untuk kamu, bagi meraikan bulan ulangtahun Onitsuka Tiger yang ke-75, kempen ini menggabungkan kombinasi helaian arkib seperti padanan baju trek dan koleksi terkini.
Padanan ini sekaligus memperlihatkan evolusi jenama sukan Jepun itu kepada fesyen, sambil menghormati asal usul jenamanya.
Bersempena dengan kempen AW24 ini, Miss Murai nak kongsikan tiga gaya Conan yang boleh kamu olah dan ikut semula.
1. Padanan seluar jorts dan t-shirts asas bagi mencipta satu gaya jalanan yang santai. Tonjolkan gaya tersebut dengan sepasang kasut berona terang seperti Onitsuka Tiger Mid Runner Yellow/Black.
2. Lebih kasual, Miss Murai suka gaya Conan yang ini. Gabungan baju tanpa lengan, seluar berkaki lebar dan sneakers dalam rona bumi memberikan satu gaya yang sesuai untuk berjumpa dengan rakan dan keluarga.
3. Untuk gaya sporty pula, Miss Murai lebih memilih gabungan seluar pendek tenis dan jaket. Dipadankan pula dengan sepasang Onitsuka Tiger X-Caliber dalam rona Spinach Green/White, menaikkan lagi gaya ini secara keseluruhan!
Sekiranya kamu ingin melihat visual kempen yang menampilkan Conan Grey, kunjungi media sosial Onitsuka Tiger.
The post Conan Gray Hiasi Kempen Onitsuka Tiger AW24, Ini 3 Gaya Yang Miss Murai Suka! appeared first on Miss Murai.