Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Anuar Zain Meriahkan Parti Pelancaran Butik Pertama POLO Ralph Lauren Di Pavilion KL

$
0
0

Baru-baru ini, jenema peneraju fesyen kasual artistik POLO Ralph Lauren melancarkan gedung pertamanya di pusat membeli-belah terkemuka Pavilion Kuala Lumpur.

Gedung berkenaan telah mula beroperasi sejak Januari yang lalu malah menampilkan koleksi lengkap untuk lelaki, wanita juga untuk kanak-kanak. Ia dibangunkan di sebuah kawasan dengan keluasan 5,108 kaki persegi cukup untuk memuatkan kesemua koleksi terkini POLO Ralph Lauren sambil ditemani ciri rekaan dalaman yang klasik kontemporari.

Dekorasi serta susun atur di dalam gedung berkenaan sekaligus melambangkan sifat POLO Ralph Lauren sendiri termasuklah kesenian serta ciri sofistikasi ikoniknya yang diinspirasi dari gaya hidup masyarakat amerika.

Koleksi pakaian semuanya dipamer rapi menerusi rak-rak tanpa pintu yang mudah untuk dicapai.

Hiasan dalam butik sungguh unik, diberi sentuhan ala gudang perindustrian di New York manakala cat yang digunakan untuk melitupi bahagian luar butik pula sengaja diterapkan dengan rona hijau lumut untuk menyerlahkan konsep lusuh dan klasik. 

Turut memeriahkan parti pelancaran gedung POLO Ralph Lauren tempoh hari adalah Anuar Zain yang sempat menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah “Kau Bunga Cinbtaku” dan “Sedetik Lebih” yang seolah memberi seribu satu makna buat para tetemu yang hadir.

Kunjungi gedung/butik POLO Ralph Lauren untuk membeli-belah dalam suasana yang eksentrik. Terletak di aras 3, dibuka setiap hari dari jam 10am hingga 10pm. Hubungi 03-2110 6903 untuk keterangan lanjut.

The post Anuar Zain Meriahkan Parti Pelancaran Butik Pertama POLO Ralph Lauren Di Pavilion KL appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271