Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Dian Pelangi, Mizz Nina, Melanie Elturk Bakal Meriahkan Asia Islamic Fashion Week 2017

$
0
0

Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, AIFW Event dengan segala hormatnya membawakan kepada anda acara kegemilangan fesyen Islamik Asia yang pertama di Malaysia – Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017).

Foto – Arkib Wanista

Malaysia bersedia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac – 2 April 2017. Industri runcit ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij selama (4) empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.

Bertemakan Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik, #AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.

Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan pengamal media serta penglibatan ‘fashion influencer’ seperti Dian Pelangi, Mizz Nina dan Melanie Elturk dijangka mengambil bahagian dalam #AIFW2017.

Mizz Nina bakal turut serta dalam #AIFW2017. Foto – Arkib Wanista

Untuk maklumat lanjut tentang #AIFW2017, anda boleh semak laman web rasmi http://www.asiaislamicfashionweek.com, Facebook Asia Islamic Fashion Week – AIFW dan Twitter http://twitter.com/aifw2017

The post Dian Pelangi, Mizz Nina, Melanie Elturk Bakal Meriahkan Asia Islamic Fashion Week 2017 appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271