
Fenomena selendang atau shawl sudah menguasai dunia hijab sekarang.
Bermula dengan inspirasi dari selendang Yuna sampailah hingga kini ramai dikalangan wanita berhijab Malaysia memilih selendang sebagai pelengkap gaya. Dari sehelai selendang anda boleh mendapatkan pelbagai look.

Namun tahukah anda, masih ada lagi segelintir wanita yang tidak mengikuti trend selendang termasuklah penulis. Antara faktor utama penulis tidak memilih selendang ialah bentuk muka penulis yang agak panjang dan lebar serta bila anda seseorang yang berkaca mata ia tidak memberi bentuk yang cantik. Sebab lain penulis tidak memakai selendang ia menyukarkan penulis untuk makan ia akan bergerak-gerak dan yang paling tak best kena pakai banyak sangat pin atau jarum peniti!
Ooppss…itu hanya dari pendapat peribadi penulis sahaja…
Jadi penulis sehingga kini memilih tudung bawal yakni tudung yang pernah menjadi pilihan nombor satu wanita Malaysia. Setuju tak?
Ramai yang cakap tudung bawal kini sudah lapuk, tidak ikut trend dan makcik – makcik sahaja yang pakai tudung bawal. Kurang ajar!
Penulis sediakan 5 sebab kenapa tudung bawal masih lagi relevan untuk dipakai…
#1 Selesa
Nak menguyah laju-laju, nak buka mulut luas masa makan tak jadi masalah. Paling best bila bersukan pakai tudung bawal memang langsung tidak rasa terganggu. Fabrik tudung bawal pun banyak variasinya, jadi anda boleh pilih bersesuian dengan aktiviti, kalau nak efek glamour boleh pilih tudung bawal dari satin.
#2 Mudah Digayakan
Sekarang nak lilit macam selendang, tudung bawal pun boleh. Tapi jika anda tak suka terlilit sampai terjerut, gantikan sahaja tudung bawal polos anda dengan tudung bawal bercorak atau berbatu manik / mutiara. Lebih menarik lagi anda boleh kenakan warna tudung bawal anda dengan anak tudung didalam. Jadilah tidaklah bosan asyik warna hitam sahaja anak tudung. Pakai tudung bawal ini tak perlu anda tengok langkah-langkah di Youtube sampai dua tiga kali. Cukup 5 minit anda dah ready untuk pergi dating!
#3 Beri efek anggun dan jelita
Penulis suka tengok gaya tudung bawal dari wanita Brunei. Perasan tak mereka selalu kelihatan anggun setiap masa. Cuba lihat gambar Fazura diatas yang berhijab gaya seperti wanita Brunei. Sekali tengok, dia persis kerabat Sultan Brunei pula. Sesungguhnya tiada siapa dapat menolak fakta wanita yang mengenakan tudung bawal lebih anggun dan jelita. Setuju tak?
#4 Kelihatan bersederhana / modest
Sesuai dengan wanita Melayu yang dikenali sebagai wanita yang ayu dan sopan. Persis siapa yang memakainya langsung tidak kelihatan keterlaluan atau menjolok mata. Penulis suka tudung bawal sebenar sesuai sahaja dengan semua jenis bentuk muka, ia dapat membentuk muka anda menjadi bujur sirih. Tak percaya? Jom cuba sekarang..
#5 Lelaki lebih terdorong memilih wanita yang memakai tudung bawal
Tak tahu lah kalau teman lelaki anda, tapi ramai kenalan lelaki dan teman lelaki penulis sendiri memilih wanita yang memakai tudung bawal. Alasannya? Ia lebih menarik perhatian mereka kerana pemilik wajah yang memakai tudung bawal lebih bersahaja dan tidak over. Senang cerita, lelaki suka wanita yang simple and easy going dalam hidup dan juga dalam fesyen. Penulis nak tegaskan kisah viral fakta 97.7% lelaki suka wanita bertudung awal palsu! Penulis tidak ambil dari fakta palsu tersebut okay…
Sebelum ada peminat selendang disini nak jadi wira papan kekunci, ingat…..
Cuba check dalam almari ada tak tudung bawal?
The post Wajib Baca! 5 Sebab Tudung Bawal Masih Lagi Jadi Pilihan Wanita Malaysia appeared first on Wanista.com.