Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Ada Banyak Pencil Skirt Dalam Almari? Gayakan Guna Idea Yang Fun Begini…

$
0
0

Rasanya ramai yang setuju jika DIVA katakan pencil skirt adalah trend fesyen yang patut kekal selama-lamanya. Sesuai untuk setiap jenis badan, pencil skirt ini dibuat untuk menonjolkan lagi bentuk badan si pemakai.

Dengan panjangnya sekitar bawah lutut; sama ada belahan sisi atau tidak, kamu boleh nampak slim dan tinggi jika memakai pencil skirt ini setiap hari.

Berikut DIVA kongsikan beberapa idea yang fun, boleh dicuba untuk kamu yang mahu penampilan baru setiap hari apabila kenakan pencil skirt. Scroll di bawah;

# Pertama, cuba gayakan mana-mana warna pencil skirt dengan belahan sisi. Pilihan DIVA adalah pencil skirt belahan sisi dalam rona krim dipadankan bersama crop top yang diperincikan dengan doll sleeves. 

Foto – Pinterest / SHEIN

Atau pun, kamu boleh gantikan pencil skirt yang kosong dengan yang bercorak. Look yang ringkas tetapi masih elegan ini boleh dikenakan semasa hadiri majlis separa formal atau temu janji kasual.

# Yang kedua pula, kamu boleh cipta look wanita bekerjaya yang penuh dengan karisma menerusi padanan pencil skirt dan kemeja.

Foto – Vogue

Sebagai contoh, Victoria Beckham telah masukkan lebihan kemejanya ke dalam pencil skirt dan bahagian dadanya dibiarkan butang terbuka sedikit atau pencil skirt yang mempunyai perincian belahan ala-ala ‘carwash’. Jangan lupa lengkapkan penampilan kamu dengan stiletto okay?

Foto – Pinterest / Style Bistro

# Jika kamu suka look hitam-putih atau monokrom, boleh cuba gaya begini. Sama ada kenakan pencil skirt dalam rona putih gading bersama t-shirt hitam. Atau gantikannya dengan sleeveless crop top dengan low waist pencil skirt untuk nampak seksi! 

Foto – Who What Wear

# Last sekali, kamu boleh cipta look yang sangat smart casual yang paling vogue. Caranya mix and match antara pencil skirt, crew neck t-shirt dan oversized blazer. Untuk nampak lebih stail dan cool, kamu boleh kenakan sandal yang bergaya atau kasut tinggi. Ikut keselesaan. 

Selamat mencuba!

The post Ada Banyak Pencil Skirt Dalam Almari? Gayakan Guna Idea Yang Fun Begini… appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271