
Tanpa jangkaan, supermodel terkenal Gigi Hadid melancarkan label pakaian berkonsepkan fabrik kashmir digelar Guest In Residence.
Sementara gosip hangat mengatakan beliau kini menyambung cinta dengan aktor Leonardo DiCaprio. Tidak ramai pula yang tahu tentang lembaran perniagaan fesyen yang dibawa oleh supermodel berusia 27 tahun ini.
Guest In Residence menyediakan helaian pakaian yang selesa dari fabrik kasmir berkualiti. Ia lengkap sebagai pakaian rintangan untuk cuaca dingin. Dari baju panas, hoodie, stoking hinggalah selendang semuanya dari kasmir yang dikait.

Menariknya, variasi yang dibawa oleh Gigi cukup unik seperti personaliti dirinya. Mainan warna dan cetakan pakaian sesuai untuk gaya anak muda dan mementingkan konsep fesyen semasa.
Tapi kenapa Gigi Hadid pilih Guest In Residence?
Ada kisah menarik disebaliknya. Sejak sedekad lalu berpindah dari New York ke Los Angeles, Gigi tetap berasa tubuhnya sering berasa dingin dari orang lain.
I’m always the person who’s cold even when other people feel hot – Gigi Hadid.
Jadi baju panas dan stoking sering menjadi teman baik beliau dimana sahaja.

Fabrik kasmir jadi pilihan kerana ia satu produksi semulajadi, tahan lama dan memberi kesan baik pada alam. Menurut Gigi lagi, kasmir merupakan sesuatu yang dekat pada diri dan keluarga. Neneknya pernah memberi nasihat apa jua yang elok pada rambut, turut elok pada kasmir dan fabrik lembut ini juga tidak akan menjadi sarang hama seperti fabrik lain.
DIVA rasa teruja dengan label fesyen dari Gigi Hadid ini. Ia boleh dikatakan suatu yang unik dan segar dari susuk yang popular. Iyalah, sebelum ini terlalu banyak orang berpengaruh mengeluarkan jenama sendiri. Tapi alih-alih perihal mekap dan fast-fashion.

Guest In Residence terima pembelian dari Malaysia di laman https://guestinresidence.com/en-my atau anda boleh kunjungi Instagram rasmi https://www.instagram.com/guestinresidence/
Tahniah Gigi Hadid! We love you.
The post “Tubuh Sering Rasa Sejuk” – Inspirasi Gigi Hadid Perkenal Jenama Pakaian Cozy appeared first on Diva MY.