Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

New Balance Dan Palace Perkenal ‘580’, Kasut Sukan Dengan Gaya 90-an

$
0
0

New Balance dan jenama papan selaju dan pakaian jalanan yang berpangkalan di London, Palace Skateboards secara rasmi memperkenalkan New Balance x Palace 580.

Koleksi ini dilancarkan secara eksklusif di www.palaceskateboards.com pada 23 September 2022 dan boleh didapati di www.newbalance.com.my pada 30 September 2022. New Balance x Palace 580 akan tersedia di seluruh dunia.

Foto – New Balance x Palace

Untuk kerjasama pertamanya, Palace Skateboards bertukar kepada palet warna terang yang mengingatkan tahun 90-an dalam dua warna yang mejampilkan warna lapis blue, neutral gargoyle, pansy violet, dan deep shaded spruce.

Siluet New Balance x Palace 580 menampilkan kelainan pada reka bentuk unik, termasuk terdapat poket simpanan, cetakan debossed foxing, serta tindanan suede berbulu, lapisan bawah jaring dan tapak tengah rollbar.

Foto – New Balance x Palace

New Balance x Palace 580 boleh didapati melalui www.newbalance.com.my pada 30 September 2022 pada harga runcit RM689. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai New Balance x Palace 580, sila layari laman web di sini.

The post New Balance Dan Palace Perkenal ‘580’, Kasut Sukan Dengan Gaya 90-an appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271