Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Fazura, Meerqeen & Ramai Lagi Mula Gayakan Beg Bahu Bandit COACH Yang Baru !

$
0
0

Selain Fazura dan Meerqeen, boleh tahan ramai juga yang sudah mula gayakan beg COACH yang baru ini. Diberi nama Bandit shoulder bag, beg ini menampilkan rekaan yang sangat moden dan mampu membuatkan si pemakai nampak sangat elegan!

Diperbuat daripada kulit anak lembu yang berkilat dan halus, Bandit shouder bag ini diperincikan dengan flap canggih yang menampilkan signature COACH iaitu “C”.

Foto – COACH

Bahagian dalamnya pula dibarisi dengan dua pembahagian untuk organisasi dan poket. Menariknya beg COACH yang baru ini, kamu boleh pakai secara silang di badan atau sangkut di bahu.

Selain dikeluarkan dalam warna monokrom, COACH turut menghasilkan beg Bandit dalam motif berani dan pelbagai gabungan warna seperti Bandit Mint dan Bandit Serf.

Foto – COACH

Bandit Mint dan Bandit Serf adalah beg yang diilhamkan oleh kota New York. Ianya diperincikan dengan motif berani daripada artis grafiti, Mikhail Skokovikov dan Jason Aaron Wall.

Lain sedikit daripada beg Bandit berwarna monokrom, Bandit Mint dan Bandit Serf ini diperincikan dengan penutup pushpin “C” dan kulit beg tersebut diperbuat daripada kulit sarung tangan mentega yang lembut.

Bandit shoulder bag ini boleh didapati di kedai COACH sekitar kamu atau boleh beli di [SINI].

The post Fazura, Meerqeen & Ramai Lagi Mula Gayakan Beg Bahu Bandit COACH Yang Baru ! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271