
Penuh ceria dan berwarna-warni! Jelly Bunny dengan bangganya mempersembahkan kepada anda Koleksi Musim Bunga/Panas 2017 ‘Bunny Festival’.
Menariknya, koleksi ini melambangkan kebebasan campuran udara, karakter, warna dan inspirasi, kesemuanya digabungkan menjadi koleksi terbaharu. Warna-warna yang pelbagai ditambah dengan percikan kemilauan bergelapan melengkapkan koleksi kasut, tas tangan, aksesori, jam, kaca mata hitam dan perhiasan menjadikan si pemakai penuh bergaya.
Masih mengekalkan rekaan signature Jelly Bunny yang mementingkan keselesaan, gaya dan kesederhanaan untuk setiap wanita tidak kira sewaktu bekerja di siang hari atau untuk berparti pada malamnya. Koleksi baharu yang penuh dengan jiwa tersendiri ini pasti akan membuat anda jatuh cinta. Alami keriangan dan gayakan koleksi penuh ceria daripada Jelly Bunny.








Dunia penuh imaginasi menanti anda di gedung-gedung Jelly Bunny yang berdekatan.