Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Materialipstick Sedia Rekaan Tas Tangan Untuk Wanita Bekerjaya

$
0
0
Foto - arkib Wanista.com

Buat pertama kalinya, Materialipstick berkolaborasi menjayakan rekaan tas tangan terbaik 1960’s siri Nano bersama ikon fesyen mereka Tengku Chanela Jamidah. 

Koleksi kali ini menghidupkan semula warna-warna organik dan segar musim ini, termasuklah perasaan romantis yang menawarkan konsep elegan dan anggun dengan kualiti yang terbaik. 

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Fungsi dan kegunaan dari tas tangan mewah ini tiada hadnya, bersama bentuk beg dan warna yang sesuai sempurna bagi mereka ingin menambah seri warna pada setiap penampilan harian ke pejabat atau menghadiri majlis kasual. 

1960’s Nano direka dalam rona lembut dengan kualiti fabrik kulit dan kanvas tweed. Rekaan istimewa ini boleh diubah dalam dua gaya 1 Flap dan 2 tali asas shoulder strap (1 kulit tali tebal warna putih & 1 kulit tali nipis warna lembut). 2 tali ini boleh diubah dalam dua gaya dengan kreativiti anda sendiri! 

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Fabrik kanvas tweed untuk rekaan bagi anda yang menghargai gaya feminim dan tali klasik pasti menjadi kegemaran setiap wanita. 

196o’s Nano boleh dibeli secara dalam talian di www.materialipstick.asia atau layari laman rasmi Facebook @materialipstick.asia dan Instagram @materialipstickofficial.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271