Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Jadi Lebih Macho Sepanjang Musim Bunga Dengan Koleksi Pilihan The Weeknd Dari H&M

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Hello, hello, siapa yang tak kenal dengan teman lelaki baru Selena Gomez ni?

The Weeknd, nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Hollywood, setiap lagu nyanyiannya hebat sekaligus membuatkan ramai jatuh hati dengan suaranya yang sedap dibuat halwa telinga itu.

The Weeknd menggayakan salah satu helaian yang akan ditampilkan dalam koleksi kolaborasi pilihannya untuk H&M Springs Icons. Foto -Arkib Wanista
The Weeknd menggayakan salah satu helaian yang akan ditampilkan dalam koleksi kolaborasi pilihannya untuk H&M Springs Icons Selected. Foto -Arkib Wanista

Tidak kurang juga dengan gaya fesyen yang sering dibawakannya. Dari rambut hingga ke kasut semuanya sering diperhati. Jaket dan hoodie sweater adalah antara item fesyen yang gemar digayakan The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye secara kasual untuk gaya santai minimalis.

Foto -Arkib Wansita
Baju-T dari koleksi  H&M Springs Icons Selected by The Weeknd. Foto -Arkib Wansita

Istimewa buat anda yang meminati gaya ringkas The Weeknd, H&M dengan bangganya mengumumkan kolaborasi sulungnya bersama artis yang dahulunya terkenal dengan gaya rambut kusut dreadlocks untuk projek Springs Icons Selected by The Weeknd yang bakal menampilkan seleksi pilihan fesyen terkini.

Tonton Teaser Koleksi H&M Springs Icons Selected by The Weeknd Untuk Lelaki

Koleksi hebat ini menghimpunkan beberapa helaian lengkap yang dititip dengan jiwa dan cita rasa gaya pemakaian paling digemari The Weeknd. 

Akan mula dijual di cawangan butik H&M bermula 2 Mac, koleksi macho untuk lelaki ini bakal melengkapi diri lelaki era kini.

Foto -Arkib Wansita
Sebahagian jaket dan baju panas yang menepati cita rasa peribadi The Weeknd sendiri. Foto -Arkib Wansita
Foto -Arkib Wansita
Sebahagian rekaan celana dari koleksi H&M Springs Icons Selected by The Weeknd. Foto -Arkib Wansita

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.hm.com/my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271