Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Oh Yeon Seo yang berlakon di dalam beberapa drama terkenal seperti A Korean Odyssey, My Sassy Girl, Mister dan juga Please Come Back.
Foto: Asian Correspondent
Untuk pengetahuan semua, aktres daripada Korea Selatan ini akan berada di Malaysia pada 16 Jun ini, bagi sesi upacara ribbon cutting bersempena pembukaan rasmi butik Kate Spade New York yang terbaru di Suria KLCC.
Acara yang bakal mengambil tempat pada minggu depan ini akan di meriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis tanah air seperti Scha Alyahya, De Fam, Daiyan Trisha dan ramai lagi.
Foto: Scha AlyahyaFoto: De FamFoto: Daiyan Trisha
Bukan itu saja, rekaan butik Kate Spade New York bagi cawangan di Suria KLCC ini juga akan memukau pandangan mata! Butik jenama terkenal di bawah pengarah kreatif iaitu Nicola Glass ini akan memberikan kelainan dan sentuhan aura baru serta lain daripada butik yang lain.
Jadi save tarikh ni di dalam kalendar anda dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pelakon korea yang jelita ini bersama-sama artis tempatan yang lain dan sekaligus menjejakkan kaki ke butik Kate Spade New York yang terbaru, di Suria KLCC.
Awal musim ini, Vans menarik perhatian sneakerhead dengan pengumuman kolaborasi bersama Warner Bros. Consumer Products ilham daripada Harry Potter.
Foto – Vans x Harry Potter
Vans tampil dengan koleksi kasut, pakaian dan aksesori yang kesemuanya lahir dari motif Harry Potter. Kasut, nama dan gaya diambil sempena setiap rumah Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry, yang menampilkan empat warna eksklusif dalam siluet klasik Vans – Sk8-Hi untuk Gryffindor, Era untuk Slytherin, Authentic untuk Ravenclaw dan Classic Slip-On untuk Hufflepuff.
Foto – Vans x Harry PotterFoto – Vans x Harry PotterFoto – Vans x Harry PotterFoto – Vans x Harry Potter
Vans x Harry Potter sudah berada di pasaran sejak 7 Jun 2019. Info lanjut, sila ke laman web rasmi vans.com/harrypotter.
Sentuhan fesyen bagi musim panas kali, PUMA dan Selena Gomez berkolaborasi bagi melahirkan koleksi PUMA Cali Series. Koleksi kedua Selena Gomez bersama PUMA ini, mengambil inspirasikan daripada matahari terbit di kampung halaman Selena di Grand Prairie, Texas. Inspirasi ini memberikan cetusan idea baru di dalam dunia fesyen dengan berkonsepkan tenaga serta ekspresi diri yang menjadikannya sebagai sumber gaya hidup yang semakin berkembang dan sempurna!
Foto: PUMA Malaysia
Koleksi PUMA Cali Series ini menampilkan beberapa produk terbaru yang digayakan oleh Selena seperti SG x Cali Sandal, sandal yang berinspirasikan warna warni pantai kuning dan putih ini hadir sebagai sepasang kasut yang cukup versatile.
Foto: PUMA Malaysia
Tidak cukup dengan itu, untuk tampak lebih bertenaga dan bergaya PUMA tampil dengan padanan SG x Short, SG x Jacket dan juga SG x Crop.
SG x Jacket yang tampil unik dengan fully-lined, ringan dan memiliki lapisan kain yang mudah bernafas dengan beberapa fungsi yang boleh di kemaskini seperti di bahagian pinggang, lengan dan hoody yang boleh dilaraskan mengikut pergerakkan si pemakai.
Foto: PUMA Malaysia
Manakala bagi SG x Short pula tampil dengan warna klasik dan mesh panel dan dipadankan dengan SG x Croptank yang mempunyai rekaan yang kasual seperti potongan half-moon di belakang dan zip berwarna.
Kesemua koleksi SG x PUMA ini akan berada di pasaran bermula 15 Jun 2019 dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk daripada PUMA, layari laman webPUMAdan dapatkan koleksi PUMA Cali Series ini segera!
BTS Lagi.. Nak buat macam mana, dah mereka tengah menguasai dunia sekarang.
Bukan cerita BTS ingin penulis bicara tapi koleksi BT21. Pada yang tidak tahu, BTS kolaborasi bersama Line Friends menghasilkan karakter mereka sendiri – Tata, Mang, Chimmy, RJ, Koya, Cooky, Shooky, dan Van.
Menariknya, sejurus selepas pelancaran BT21, pelbagai kerjasama telah terjadi dan rangkaian produk sold out serata dunia – antaranya Mediheal, Converse, Dunkin’ Donuts, Paris Baguette, Reebok, VT Cosmetics dan banyak lagi.
Terkini, jenama fesyen Spao dan Uniqlo telah mengumumkan kerjasama mereka bersama BT21 menerusi pengumuman istimewa di laman media sosial. Koleksi ini menawarkan set hoodies, pajama tidur, t-shirt, serta pelbagai lagi.
Seperti biasa BTSARMY menerima khabar berita dengan penuh teruja dan girang sekali. Rata-rata mereka tidak sabar mahu mendapatkan koleksi mampu milik yang dijangka akan keluar sekitar minggu hadapan.
UniqloxBT21 akan keluar pada 21 Jun 2019 di serata dunia.
Tahu lagu “Bad Guy” yang dinanyikan bintang pop Billie Eilish?
Selain muziknya yang unik, fesyen Billie Eilish banyak diperkatakan netizen. Dia tidak seperti penyanyi lain dengan imej feminin, Billie tampil selesa mengenakan pemilihan pakaian baggy dan agak kelakian.
Tapi tahukah penyanyi 17 tahun ini tidak berpakaian begitu untuk kelihatan cool, dia punya sebab tersendiri. Mendedahkan dalam kempen Calvin Klein, Billie menjelaskan dia tidak mahu orang menilai dan mengeksploitasi dirinya menerusi cara berpakaian.
“That’s why I wear baggy clothes. Nobody can have an opinion because they haven’t seen what’s underneath. Nobody can be like, ‘she’s slim-thick,’ ‘she’s not slim-thick,’ ‘she’s got a flat a**,’ ‘she’s got a fat a**.’ No one can say any of that because they don’t know.”
Ya, team Wanista cukup mengidolakan fesyen keluarga diraja Britain, terutamanya Meghan Markle dan Kate Middleton. Cerita tentang kecantikan dan fesyen mereka berdua memang tidak pernah akan habis.
Terbaru, Duchess of Cambridge Kate Middleton sekali lagi pukau netizen dengan dress biru rekaan Elie Saab. Wanita manis itu memadankan dress dengan topi dari rona yang sama, bersama sepatu tumit tinggi dan tas tangan clutch, memberikan elemen elegan dan anggun.
Foto – Getty
Duchess tidak menghadiri acara Royal Ascot pada tahu lalu berikutan melahirkan Putera Louis pada bulan April. Kini beliau dilihat gembira menghabiskan masa bersosial dengan kaum kerabat diraja yang lain.
Foto – Getty
Royal Ascot adalah satu acara sosial yang paling dinanti-nantikan di United Kingdom. Ia dihadiri oleh golongan elit serta anggota keluarga diraja.
Merupakan anak kepada presiden ke-45 United States of America, Donald Trump, Ivanka Trump mesti sentiasa berpakaian untuk menarik perhatian. Dia kerap memakai persalinan pereka fesyen, dan kesemua pakaian pada umumnya dilihat agak mahal. Dari gaun sehingga ke seluar santai, Ivanka telah memakai beberapa item dengan tag harga yang tinggi, yang membuatkan mata kamu terbuntang keluar.
Teruskan pembacaan untuk melihat beberapa helaian pakaian paling mahal yang dipakai Ivanka setakat ini.
Ivanka mengenakan dress paling mahal rekaan Rodarte yang berharga $12,888 (>RM50K) ketika acara makan malam pada April 2018.
Foto – Reuters
Dress plaid dari Oscar de la Renta dilaporkan berharga $3,680 (>RM15K).
Foto – Reuters
Ensemble ala futuristik rekaan Alex Perry ini berharga $2,289 (>RM9K).
Foto – Reuters
Ivanka tiba di jamuan diraja yang dihos oleh Ratu Elizabeth 11 dengan memakai dress dari Carolina Herrera. Dilaporkan ia berharga $11,720 (>RM48K).
Foto – Reuters
Ivanka memadankan blouse $1,190 dari jenama Burberry dengan pleated skirt $1,190. Untuk melengkapkan ensemble, Ivanka memasangkan dengan tumit tinggi pump juga dari jenama yang sama berharga $750. Keseluruhannya sahaja sudah berjumlah $3,130 (>RM13K).
Foto – Reuters
Ivanka memakai helaian kombo putih rekaan Alessandra Rich yang kosnya kira-kira $3,053 (>RM12K).
Foto – Reuters
Ivanka tiba di New Jersey dengan dress $2,110 (>RM8K) yang direka oleh Emilia Wickstead.
Jenama barangan kemas JEOEL tidak mahu ketinggalan zaman mengikuti trend semasa menghasilkan “Bubble Tea”.
JEOEL menampilkan loket dwifungsi Sapphire Bubble Tea, yang diperkenalkan secara eksklusif pada majlis pelancaran koleksi Diamond Magical Creatures.
Foto – Arkib Wanista
“Semasa kami dalam proses mereka koleksi berlian dan nilam kami yang terkini, kami mempunyai beberapa orang pelanggan yang bertanya sama ada kami boleh menghasilkan loket yang berbentuk Bubble Tea. Sebagai jenama yang berbangga menjadikan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan dan dengan warisan kraftangan tempatan yang kuat, kami tidak dapat menahan cabaran yang menyeronokkan ini! Kami gembira sepanjang menghasilkan loket edisi terhad ini bermula dari proses rekaan kreatif hinggalah peringkat akhir kraftangan, terutamanya dalam menentukan pilihan warna nilam yang semula jadi seperti mutiara boba!” kata Jiayueh Choong, pengasas JEOEL.
Sapphire Bubble Tea (Bubble Tea Nilam)
Seperti gabungan teh yang sempurna, lengkap dengan mutiara boba yang kenyal, begitu jugalah dengan kombinasi Nilam kami. Namun begitu, permata Nilam semula jadi yang berwarna-warni seperti pelangi yang didatangkan dalam warna ungu, merah jambu pekat, biru yang memukau, dan kuning yang memikat ini hanya boleh dilihat, bukan untuk diminum! Berharga RM259, jangan biarkan loket berbentuk cawan teh yang lengkap dengan sepasang sayap ini terbang meninggalkan anda.
Foto – Arkib Wanista
Koleksi Diamond Magical Creatures JEOEL boleh didapati secara dalam talian menerusiwww.jeoel.com atau rangkaian JEOEL di 1Utama, Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall dan MyTOWN Shopping Centre.
Rasanya setiap wanita pernah memakai girdle? Anda ingin menutup lebihan lemak di bahagian anggota badan tertentu. Tapi yang payahnya girdle sangat sukar untuk dipakai.
Selepas produk kosmetik, usahawan berjaya Kim Kardashian melahirkan bayi baru “Kimono Solutionwear”, yang menampilkan koleksi girdle atau pakaian pembentuk badan, atau ada juga memangggilnya ‘body shaper’ buat semua wanita pelbagai saiz.
Kim Kardashian mendedahkan koleksi Kimono Solutionwear di Twitter dan Instagram pada Selasa semalam dengan kapsyen, “Kimono is my take on shapewear and solutions for women that actually work”.
Ya, kenapa nama Kimono yang diberi? Kita sedia maklum, kimono merupakan pakaian tradisional Jepun dengan sejarah budaya yang kaya dan unik tersendiri. Tindakan Kim menggunakan perkataan itu sebagai jenama sangat tidak munasabah dan memalukan kerana jelas jenama itu tidak mempunyai ikatan dengan budaya Jepun.
Foto – Twitter
Saiz & Warna & Rekaan Unik
Katanya girdle itu terdapat dalam saiz XXS hingga 4X dan boleh didapati dalam sembilan warna. Inspirasi terhasilnya Kimono Solutionwear kerana dia sering mengalami masalah mencari girdle yang sesuai dengan nada kulit dan terpaksa memotongnya untuk mencipta gaya sendiri. Kim juga mendedahkan koleksi “solution short”, yang direka untuk dress atau skirt yang mempunyai belahan.
Foto – Twitter
Terima Kecaman Netizen Kerana Menggunakan Model Kurus
Walaubagaimanapun, sesetengah netizen menyuarakan pandangan mengenai model yang digunakan dalam promo tersebut. Ada yang mempersoalkan mengapa “wanita dari semua saiz yang berbeza” tidak digunakan dalam iklan tersebut. Tapi apa yang dilihat hanyalah wanita berbadan kurus dan hampir kesemua dalam lingkungan saiz yang sama digunakan.
Foto – TwitterFoto – TwitterFoto – Twitter
Walaupun banyak kecaman tetapi ada juga yang teruja dengan kelahiran Kimono Solutionwear seperti beberapa rakan artis dan netizen yang tidak sabar mahu mendapatkannya.
Anda pula bagaimana? Tapi kenapa ye nama Kimono diberi? Kim, sila tampil berikan penerangan lanjut..
Siapa yang tidak mengenalinya. Pernah menjadi idol untuk kumpulan 2NE1 suatu masa dahulu sebelum dibubarkan. Orangnya kecil molek, comel dan awet muda… tapi jangan tak tahu dia sudah mencecah 30-an ye. Siapa sangkakan?
Gadis genit ini sinonim dengan pemilihan fesyen yang out of the box and ke arah kelakian. Kalau idol lain suka pakai dress, tumit tinggi, skirt tapi Sandara selesa mengenakan jeans, t-shirt dan semestinya sneakers. Namun, pilihan sneakers yang digayakan juga bukan calang-calang, kebanyakan dari jenama fesyen terkenal seperti Adidas, Vans, Air Jordan dan banyak lagi. Kita semua tahu betapa gilanya Sandara Park pada sneakers. Tetapi tahukah anda bahawa dia mempunyai lebih daripada 1,000 pasang kasut sahaja? Ya, tak percayakan… tapi itulah fakta!
Segalanya didedahkan kepada Vogue Korea yang mengadakan lawatan eksklusif menceroboh dunia fesyen, di mana dia dengan rendah hati mempamerkan koleksi sepatu dari pelbagai jenama. Daripada yang paling mahal kepada edisi terhad, kamu namakan saja, semua dia ada!
Menghabiskan masa berlibur di Punta Mita, Mexico, Selena Gomez debut dalam set bikini paling memukau, mengancam dan seksi.
Foto – THERESA MINGUS
Krahs Swim “Comino” berharga mampu milik $40 (RM165) itu sebenarnya merupakan jenama yang diasaskan oleh teman baiknya, Theresa Marie Mingus. Dilaporkan, bikini yang dipakai Selena merupakan hasil kerjasamanya yang kedua dengan Krahs selepas mencipta bikini yang boleh menutup parut akibat pemindahan buah pinggangnya.
Foto – THERESA MINGUS
Koleksi kedua ini dilihat lebih seksi dengan pemilihan fabrik berkualiti, sesuai dipakai sebagai bikini atau menyuai padan bersama shorts, skirts, atau loose pants mengikut kreativiti yang diinginkan.
Foto – THERESA MINGUS
Dengan harga yang berpatutan, set bikini tersedia dalam warna merah, putih dan biru, dan boleh didapati dikrahs.com.
Tiada satu fesyen Kate Middleton yang gagal, semuanya sempurna. Mungkin itulah namanya aura seorang puteri!
Sekali lagi ibu kepada tiga orang anak George, Penelope dan Louis mencuri tumpuan lensa apabila mengenakan persalinan dress rona putih suci ketika menghadiri pertandingan tennis.
Hadir bersama rakan Serena Williams dan Roger Federer, Kate tampil dalam dress labuh paras buku lali dari Suzannah bersama tali pinggang hitam Alexander McQueen, dipadan dengan sepatu hitam, tas tangan rotan dan cermin mata Rayban, menjadikan keseluruhan ensemble sangat ikonik dan cantik berseri.
Foto – Getty
Sepanjang Wimbledon, Kate dilihat sangat relaks dan enjoy menghabiskan masa solonya menyaksikan sukan kegemarannya.
Celine Dion tiba di Minggu Fesyen Paris dengan caranya paling kelas!
Menjadi highlight sejak awal Julai, pelantun suara “My Heart Will Go On” memukau netizen dengan pilihan fesyennya yang vogue, berani serta colourful.
Diva antarabangsa ini dilihat dalam persalinan bodysuit ke gaun haute couture sehingga ke gaya parisian ketika menghadiri pertunjukan fesyen musim luruh untuk pereka Iris Van Herpen, Schiaparelli, Miu Miu dan ramai lagi.
“Saya berusia 50 tahun. Saya mahu memakai apa sahaja yang saya mahu – saya mahu melakukan apa sahaja yang saya pilih. Saya memakai semua ini kerana saya mahu berasa cantik, kuat, feminin, berkuasa, menarik – saya lakukan untuk diri saya,” terang Celine Dion.
Lihat seleksi ensemble Celine paling mencuri tumpuan…
Tampil bodysuit tanpa seluar dari off-white.
Foto – Getty
Dah macam Carrie Bradshaw dalam Sex and the City mengenakan dress ropol hot pink paling mega!
Foto – Getty
Ya ampun kenapa cantik sangat Celine Dion dalam gaun pendek dari Alexandre Vauthier ni..
Foto – Getty
Ala gadis parisian ye Celine!
Foto – Getty
Rocking in Chanel bodysuit! Tengoklah body Celine yang ramping.
Foto – Getty
Fashion-forward dengan pilihan jaket hitam bersama skirt ropol kuning dari rekaan Ronald van der Kemp.
Foto – Getty
Juling mata tengok dress labuh Iris van Herpen ni.
Swarovski tampil dengan rekaan perhiasan diri terbaru dengan tema koleksi The Magic Of Light.Pelbagai koleksi yang di tampilkan khas sempena menyambut musim luruh dan sejuk tidak lama lagi.
Antara koleksi Magic Light Swarovski ini adalah barangan kemas, jam tangan dan aksesori dengan elemen cahaya dan alam semulajadi yang berinspirasikan menerusi lanskap ais dan langit starry Arctic yang mampu memukau pandangan mata khas untuk si pencinta barangan kemas dengan infiniti alam!
Selain itu, koleksi Swarovski ini juga memiliki ceritera tersendiri berdasarkan rekaan mengikut musim dan menerusi pengalaman yang berbeza ia akan membuatkan si pemakai barangan Swarovski memiliki hari-hari yang mengagumkan bersama Swarovski! Hebatnya.
Foto – Arkib Wanista
Produk keluaran Swarovski kali ini akan memberikan pengalaman harian kepada wanita untuk tampil luar biasa, berkeyakinan dan berketerampilan menerusi kecantikan dalaman yang di serlahkan menerusi pemakaian barangan daripada Swarovski.
Elemen yang digunakan oleh Swarovski kali ini adalah astrologi, cahaya dan kristal yang mana mampu menarik perhatian serta memukau pandangan mata dan jiwa semua orang di seluruh dunia.
Highlight Koleksi Swarovski!
Pre-Fall
Foto – Arkib Wanista
Sempena menyambut koleksi Magic of Light ini, Swarovski mengeluarkan rekaan Swarovski Sparkling Dance Collection. Di mana koleksi ini memberi impak dari segi dinamik dan moden terhadap rekaan barangan kemas seperti cincin, rantai dan gelang dengan sentuhan elemen magik dan cahaya!
Winter
Foto – Arkib Wanista
Musim yang di kaitkan dengan mesteri bulan dan bintang yang memberikan kegemilauan cahaya yang unik dengan sentuhan berdasarkan motif bintang dan bulan menerusi Swarovski Symbolic. Selain itu, sentuhan daripada Swarovski Remix Collectionyang memukau dengan perincian barangan daripada Moonsun Range dan jam tangan Octea Lux Moonphase menaikkan seri produk musim sejuk kali ini.
Holidays
Foto – Arkib Wanista
Swarovski tampil dengan produk bagi koleksi holidays dengan menerusi rekaan Swarovski Naughty dan Nice Angel Feather. Rekaan yang menampilkan aspek sebagai pemberian hadiah, penghargaan dan kepuasan diri dapat menyerlahkan diri si pemakai dengan barangan kemas daripada koleksi holidays ini.
Foto – Arkib Wanista
Produk barangan kemas keluaran Swarovski kali ini sememangnya memukau jiwa dan pandangan manusia terutama bagi kaum wanita. Kegemilauan serta sinar barangan kemas yang mempersona membuat diri seolah-olah di sihir dengan elemen semulajadinya.
Apa yang pasti, tidak rugi bagi sesiapa yang mendapatkan koleksi daripada Swarovski ini dan sekaligus membuatkan anda menjadi sebahagian ceritera di sebalik rekaan The Magic of Light ini!
Sempena menyambut kedatangan musim luruh, Monki tampil dengan keluaran produk koleksi pakaian dalam yang baru. Koleksi pakaian dalam terbaru ini memberi fokos kepada rekaan yang unik dan kontemporari sesuai untuk wanita moden yang gemarkan rekaan dengan warna-warna lembut dan corak-corak haiwan yang unik dari Monki!
Monki lengkapkan koleksi pakaian dalamnya dengan penggunaan lace yang berwarna dusty rose dan ochre brown, warna-warna kontemporari yang di adun sesuai dengan kelembutan kain cotton putih beserta corak haiwan-haiwan yang unik.
Foto Arkib – Wanista
Konsep yang di ketengahkan oleh Monki sempena kedatangan musim luruh ini adalah dengan menangkap setiap detik yang berlaku apabila tiada siapa di sekeliling, baik dari segi ketika melakukan tugas membasuh pakaian sehinggalah bermalas-malasan di sofa di pagi ahad! Monki percaya terhadap kuasa kejujuran dan keberanian dengan menerusi mempamerkan tubuh badan tanpa perlu gusar dengan bentuk badan mereka.
Foto Arkib – WanistaFoto Arkib – Wanista
Monki merupakan salah satu jenama yang punya jalan cerita yang tersendiri bagi setiap koleksi yang di hasilkannya. Monki yang punya impian dengan menyebarkan kebaikan di dunia dan menggalakkan wanita muda untuk berjaya!
Foto Arkib – Wanista
Monki yang di bangunkan di Sweden pada tahun 2006 kini memiliki 120 concept outlet store yang mampu menawarkan pengalaman ke dalam 16 pasaran dunia termasuklah bagi pasaran franchise.
Bagi koleksi terbaru musim luruh ini boleh di dapati menerusi pembelian di dalam talian bermula bulan Julai ini. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang koleksi terbaru mahupun promosi serta jualan wholesale, anda boleh layari laman sesawang Monki [SINI].
Pertama kali Dating memang mengharukan… Nak pakai baju apa? High heel atau sneakers? Dress ke jeans? Nak mekap atau natural beauty? Pening kepala sampai langsung tak tidur.. Wanista pasti semua orang mesti pernah alami keadaan sebegini. Mulalah scroll news feed di Facebook, explore Instagram, Google tips dating, bertanya dengan rakan tips nak hadapi temu janji paling manis serta bermacam lagi kamu lakukan semata-mata mahukan suasana yang indah sahaja.
Kita sedia maklum dek kerana keghairahan untuk tampil menarik di mata si dia, acapkali kamu tampil melebih-lebih sehingga tidak selesa sepanjang temu janji. Baiklah agar semuanya baik-baik sahaja, cuba tiru stail dari aktres kesayangan ramai Nur Fazura. Ada gaya manis, feminin, sopan yang kesemuanya membuatkan kamu kelihatan cantik sangat pada hari itu.
Jika anda mengikuti minggu fesyen, pasti pernah terlihat gerangan gadis tinggi lampai menghiasi ruang Instagram.
Jeanne Damas adalah lambang It Girl. Dia merupakan model sambilan, seorang jurugambar amatur bahkan pereka fesyen untuk labelnya sendiri Rouje, helaian ringkas yang sesuai disarung setiap hari. Melalui Rouje juga Damas memberitahu cara bagaimana untuk mencapai gelaran Parisan Chic yang cool.
Individu yang terkenal dengan signature gincu bibir rona merah merupakan lambang seorang gadis Perancis yang tipikal – pencinta wine, selesa dengan fesyen yang ringkas ‘less is perfect’, gilakan croissant tapi masih ada stail tersendiri. Jeanne tidak perlu trying so hard dalam berfesyen, cukup dengan t-shirt polos bersama jeans, dia masih kelihatan paling bergaya.
Anak jati Perancis, dia dilahirkan di Paris dan masih tinggal di Paris sehingga ke hari ini, dan tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kota romantis itu.
“Yes, I was born in Paris, i grew up here, and I still live here, and I will forever, I think.”
Jom lihat apa yang menarik sangat tentang gadis tinggi lampai ini sampaikan ramai orang menirunya..
Bercakap tentang fesyen selebriti Bollywood, kita tidak dapat lari daripada fesyen aktres cantik manis Deepika Padukone. Deepika bukan sekadar pro dalam memainkan trend terbaru, tetapi juga bijak menyuai padan sehingga membuatkan ia menarik di mata netizen.
Isteri kepada aktor Ranveer Singh ini tahu cara yang betul untuk berpakaian dengan baik dan menjadi tumpuan lensa di mana sahaja berada. Kita ambil contoh fesyennya di Festival Cannes baru-baru ini sehingga dipilih sebagai ‘best dressed” oleh Majalah Vogue. Tidak hanya karpet merah atau promosi filem, malah apabila gaya kasual atau fesyen lapangan terbang, Deepika Padukone sentiasa mewah bergaya.
Rumah batik yang disegani, FERN, telah melancarkan kedai konsep pertama di Bangsar Shopping Centre.
FERN, label batik terbentuk selepas memenangi Fashion Pitch 2013, sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh MyCreative Ventures, sebuah cabang pelaburan kerajaan yang bertujuan untuk merangsang industri kreatif di Malaysia. Pengasas dan pereka Fern Chua yakin bahawa batik dapat dihargai oleh ramai orang, walaupun dengan aliran perubahan yang berlaku dalam industri fesyen hari ini. Fern Chua memberitahu setiap inspirasi untuk rekaannya adalah menerusi pengalaman serta pengembaraan ke negara eksotik.
Kedai Konsep FERN Batik. Foto – Arkib Wanista
Tidak hanya tertumpu kepada gaya tradisional, FERN membuat transformasi menghasilkan rekaan ready-to-wear yang boleh dipakai harian dan paling penting selesa. FERN mewujudkan pakaian mewah dan berkualiti yang serba boleh dan mudah, namun masih kekal elegan dan halus. Bayangkan fabrik batik dijadikan kaftan, blouse, flare pants, skirts, long dress serta pelbagai lagi yang memikat si pemakai.
Pilihan fabrik batik yang berwarna-warni memberi suasana ceria. Foto – Arkib Wanista
Kedai Konsep FERN Batik
Kedai konsep FERN Batik + Artisanal Collective menawarkan warna pastel yang lembut, hijau yang subur serta bahan inspirasi tempatan seperti rotan dan buluh. Reka bentuk estetika yang menyenangkan dan warna kedai ditambah dengan warna hijau semula jadi dan tekstur yang berbeza mencerminkan jenama kerana ia memainkan peranan besar FERN dalam semua koleksinya yang berwarna-warni, menonjol walaupun dari jauh.
Mengetengahkan dekoration pastel dengan permainan rotan dan buluh. Foto – Arkib WanistaRuang menunggu disediakan untuk pelanggan. Foto – Arkib WanistaFoto – Arkib WanistaFoto – Arkib Wanista
Lokasi : UGF-17A, Upper Ground Floor, Bangsar Village II, No. 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
Nike memperkenal rekaan kasut terbaru yang lebih unggul dan lebih dinamik! Nike Joyride merupakan hasil inovasi kepelbagaian formasi platform tapak yang dapat membantu kaki kekal stabil dengan pengalaman impak sentuhan yang gempak. Di tambah pula dengan kasut yang sangat ringan seperti kusyen empuk!
Nike Joyride ini merupakan satu-satu produk Nike yang di hasilkan dengan sistem beribu-ribu manik jenis TPE sebagai tapak kusyen kasut. Manik-manik ini membenarkan foam untuk mengembang ke pelbagai arah dan ianya di namakan anjakan multi-dimensi.
Sistem ini menghasilkan tapak kasut yang dinamik dan memberikan rasa sentuhan serta pengalaman yang selesa kepada si pemakai. Rekaan yang di rumus khas ini mampu memberikan kesan pergerakan yang lancar, meskipun si pemakai berlari dan menghasilkan impak momentum yang besar tetapi dengan Nike Joyride ini ia dapat melembutkan pergerakan dan melembutkan impak di tapak kasut si pemakai dengan mudah!
Foto – Nike
Nike Joyride ini hadir dengan beberapa jenis siri keluaran sesuai dengan kategori untuk si pemakai.
Nike Joyride NSW
Nike Joyride NSW Setter
Nike Joyride NSW Optik (Di rumus khas untuk wanita)
Nike Joyride Kids Nova (Di rumus khas untuk kanak-kanak)
Ahli Nike kini berpeluang untuk mendapatkan kasut Nike Joyride Run Flyknit di laman rasmi Nike[SINI] dan manakala bagi yang bukan ahli, kasut ini akan di lancarkan secara global pada 15 Ogos 2019 ini.
Nike Joyride Run Flyknit ini akan di jual di Malaysia RM735 untuk lelaki dan RM689 untuk wanita. Jadi peminat kasut Nike, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kasut Nike Joyride yang terbaru ini di outelt Nike berhampiran anda pada 15 Ogos ini!