Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all 2271 articles
Browse latest View live

Steve Madden Keluar Koleksi Selipar Tumit Tebal Ala “Minah Rempit”

$
0
0

Nak tanya tahu tentang kewujudan Selipar Tumit Tebal?

Ala seperti gambar di bawah..

Foto – Twitter

Murah dan mudah didapati, malah banyak saiz ketebalan boleh dipilih. Nak tahu apa motif yang menariknya tentang selipar ini sampaikan ramai kaum perempuan menyukainya? Adakah semata-mata nak nampak tinggi? Like Seriously! Untuk tampak cantik pun tidak, hendak bagi keselesaan rasanya tidak juga.

Baca : Fesyen Merepek Gadis Malaysia Yang Perlu Stop Pakai!

Sekarang jenama Steve Madden tampil mengeluarkan seleksi yang dipanggil “Slinky” platform sandals untuk individu milenial yang gemar kepada fesyen yang ranggi.

Foto – Arkib Wanista

Masih dengan reka bentuk yang tradisional, “Slinky” didatangkan dalam pelbagai pilihan warna seperti merah jambu, hitam, oren serta pelbagai lagi. Setiap satu sandal berukuran tiga inci dari fabrik getah. Harga pula hanya sekitar $60 hingga $70 (lebih kurang RM240 ke atas).

Foto – Arkib Wanista

Berminat, anda boleh dapatkan di laman web rasmi [www.stevemadden.com].

p/s – Versi Steve Madden yang cantik punya dan nampak kelas!

The post Steve Madden Keluar Koleksi Selipar Tumit Tebal Ala “Minah Rempit” appeared first on Wanista.com.


Nak Buat Wedding Ala Bohemian? Ini Yang Perlu Kamu Tahu

$
0
0

Semakin lama ramai yang mula menyanjung tentang majlis perkahwinan yang ringkas tetapi tetap meriah. Majlis perkahwinan yang serba ringkas sekaligus tidak memberi tekanan kewangan kepada bakal pengantin. Namun harus kena ingat sokongan dari keluarga juga diperlukan. Iyalah biasanya bila ada urusan masuk campur keluarga boleh jadi hancur-lebur segala perancangan yang dibuat oleh kamu dan pasangan.

Kini tema majlis ringkas yang sering dikaitkan ialah teman majlis bohemian. Ianya biasa dilihat sebagai majlis yang kaya dengan dedaunan, bunga dan biasa dibuat di luar seperti taman. Bohemian juga bermaksud ringkas, bebas dan dekat dengan hasil seni halus. Sebagai contoh orang yang digelar sebagai Boho ialah seorang yang sukakan keamanan, chill dan tidak terlalu sarat dengan kebendaan.

Foto – Green Wedding Shoes

Jadi konsep ini telah dibawa kepada satu tema perkahwinan yang minimalis dan pada pendapat Wanista yang paling indah. Kalau anda dalam carian untuk mengadakan majlis kahwin berkonsepkan ‘Bohemian’, mari Wanista kupaskan satu persatu.

Majlis outdoor

Majlis ala bohemian biasanya dilakukan ditaman atau dikawasan lapang yang cantik dengan hiasan semulajadi flora dan fauna. Kalau inginkan kelainan adakan majlis di pantai, dusun buah-buahan, taman bunga atau dewan yang sudah sarat dengan kehijauan alam.

Foto – jetfeteblog.com

Tiada bling-bling

Para pengantin ‘bohemian’ tidak sesekali memakai pakaian yang penuh dengan cahaya intan pertama tapi sebaliknya dengan hiasan renda. Ini mengembalikan mood romantis dan minimalis pada pengantin. Hiasan pada kepala pengantin pula digantikan dengan tiara dari bunga-bungaan. Sesuai dengan berada majlis diluar, pengantin memang perlu pakai busana yang selesa. 

Foto – EVOKE.ie

Flora dan fauna

Setiap dekorasi pada meja makan, ruang duduk tetamu dan of course pelamin perlu ditimbunkan dengan dedaunan dan bunga-bungaan. Pastikan dekorasi anda penuh dengan elemen alam semulajadi! 

Foto – Green Wedding Shoes

Kebanyakan majlis perkahwinan ‘Bohemian’ biasanya pengantin boleh lakukan secara do it yourself dan mengikut bajet yang rendah. Jika anda mempunyai undangan yang tidak ramai cubalah konsep ini. Jimat pun jimat!

The post Nak Buat Wedding Ala Bohemian? Ini Yang Perlu Kamu Tahu appeared first on Wanista.com.

Nak Beli Baju Raya Pereka Fesyen Tak Mampu, Singgah Butik Online Ni

$
0
0

Minggu lepas penulis menghadiri pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya 2019. Seperti biasa punyalah banyak seleksi persalinan raya tahun dari pelbagai pereka fesyen hebat menarik tumpuan. Menariknya ada yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional, tidak juga memasukkan elemen moden agar boleh digunakan pada bila dan di mana sahaja.

Tertarik dengan konsep moden, penulis gemarkan pakaian raya yang tidak hanya dipakai ketika raya tetapi dipakai berulang kali secara kreatif, mudah disuai padan secara versatile.  Sebagai contoh, baju kurung kedah boleh dipakai dengan kain, jeans dan sebagainya.

Baca : Tips Bernas Beli Baju Raya Last Minute!

Tak perlu susah payah menempuh trafik, klik sahaja baju raya moden paling sensasi di bawah pilihan Wanista.

#1 @quftanempire

#2 @camelliaempire

#3 @temujanji

#4 @thea.kl

View this post on Instagram

Ameera set

A post shared by Thea.KL (@thea.kl) on

#5 @qhalesaa

Cantikkan semua? Harga pun murah tau! Cepat beli sekarang kalau tak nak sold out.

The post Nak Beli Baju Raya Pereka Fesyen Tak Mampu, Singgah Butik Online Ni appeared first on Wanista.com.

Semua Cantik, Video Muzik Taylor Swift “ME” Penuh Dengan Fesyen Paling Mahal

$
0
0

Dah tonton video muzik baru Taylor Swift berjudul “ME”?

Kalau belum, cepat tonton sekarang sebab penulis dah obses. Terlalu cantik, warna-warni, cukup menghiburkan. Ditambah pula gubahan muzik yang agak catchy serta bait-bait lirik yang memberi motivasi kepada kita semua.

Dihidangkan dalam warna pastel dari awal hingga akhir, visual yang menampilkan ular era “Reputation” dalam warna yang memikat, rama-rama, hujan lebat pelangi, unicorn serta pesta fesyen yang paling sweet. Menariknya, setiap price tag bagi outfit yang dipakai juga bukan calang-calang.

Highlight adalah dress tutu yang ditaburi bunga dari Monique Lhuillier, suit pastel kuning, kombo dress mini merah jambu, gaun ruffles romantik juga warna merah jambu, serta himpunan aksesori yang memikat.

Jom lihat antara fesyen dengan price tag bikin kamu iri hati…

Monique Lhuillier Velvet Bodice Appliqué Tulle Cocktail Dress ($4,995)

Foto – Youtube

Alexander McQueen Floral Embroidered Jacket ($2,990)

Foto – Youtube

Jennifer Meyer Pink Opal Inlay Heart Ring With Diamonds ($4,750)

Foto – Youtube

Perasan tak kebelakangan ini banyak video muzik tampil warna pastel, contoh BTS “Boy with Luv” feat Halsey.

RUJUKAN

The post Semua Cantik, Video Muzik Taylor Swift “ME” Penuh Dengan Fesyen Paling Mahal appeared first on Wanista.com.

Jom Bergaya Ala ‘Couple Look’ Ikut Cara Putera William Dan Kate Middleton

$
0
0

Korang nak bergaya ‘couple look’ dengan pasangan tercinta?

Mungkin boleh sedondon kemeja, t-shirt, kaca mata, warna rambut atau apa sahaja dengan kekasih, tunang atau suami.

Sebelum ini, Wanista ada keluarkan artikel tips untuk tampil fesyen ‘couple look’ paling comel yang tidak menjengkelkan orang sekeliling. Serius, tips ini langsung tak buat kamu dan pasangan rasa janggal.

View this post on Instagram

❤

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Baca : Sama Tapi Tak Sama! Tips Fesyen ‘Couple Look’ Untuk Yang Dilamun Cinta

Ingatkan orang Korea, pasangan Datin Eina Azman dan suami sahaja yang gilakan couple look, tapi pasangan diraja kesayangan ramai Putera William dan Kate Middleton juga tak kurang hebatnya. Kalau pakaian tak sama, pasti ada beberapa helaian yang senada sama. Ringkas tapi manis dilihat!

Putera William dan Kate Middleton merupakan pasangan yang bergaya. Sebagai contoh, ketika zaman dating, pasangan ini acapkali mengenakan pakaian yang sedondon, walaupun langsung tidak sepakat.

Foto – Insider

Bila masing-masing memilih mengenakan topi cowboy yang sedondon ketika lawatan ke Calgary pada Julai 2011.

Foto – Instagram

Sama-sama sehati sejiwa dengan persalinan biru ketika lawatan rasmi.

Foto – Pinterest

Alahai romantis pasangan ini bermesraan dalam salji tebal mengenakan suit musim sejuk.

Foto – Insider

Pasangan The Cambridges sepakat memakai persalinan baby blue ketika menyambut kedatangan anak lelaki mereka, Putera George.

Foto – Insider

Walau tidak keseluruhan suit tapi Putera William masih menyelitkan warna maroon pada tali leher, dipadankan dengan long coat Kate Middleton.

Foto – Pinterest

Kalau tak mampu from head to toe, cukup dengan hanya beberapa item sama.

The post Jom Bergaya Ala ‘Couple Look’ Ikut Cara Putera William Dan Kate Middleton appeared first on Wanista.com.

Pesta Corak & Sequin Di Karpet Merah Billboard Music Awards 2019!

$
0
0

Tak semua orang mampu menggayakan fesyen yang dipenuhi corak gah dan sebagai jalan selamat, ramai lebih gemar memilih busana yang berasaskan fabrikasi polos.

Namun, melihatkan musim panas telah mengambil alih bumi Hollywood baru-baru ini, selebriti yang menghadiri acara Billboard Music Awards di Las Vegas (pagi ini waktu Malaysia) nampaknya sakan bergaya dengan helaian-helaian ekstrem yang dihiasi cetakan yang berwarna-warni. Manakala, ada juga yang memilih untuk bergaya glamor dengan busana berperincian butiran kilauan sequin!

Ada yang mengetengahkan motif floral, motif abstrak dan banyak lagi, lihat bintang mana yang paling menyinar dengan fesyen bawaan mereka sepanjang acara karpet merah untuk Billboard Music Awards berlangsung!

#1 Sophie Turner

Jarang lihat persalinan jumpsuit yang bercorak sebegini, helaian karpet merah Sophie Turner yang diperbuat dari fabrik brokat ini nampaknya menyerlahkan lagi warna rambut keemasan yang dimiliknya. Nampak menarik dan lain daripada lain.

Sumber: Kevin Mazur/Getty Images for dcp

#2 Ingrid Michealson

Bagai berada di parti Coachella, singer-songwriter yang berusia 39 tahun ini hadir dengan kelaian apabila menggayakan helaian two-piece yang dipenuhi warna-warni floral menggoda! Lagi manis bila rambutnya dihimpun dalam sanggul tinggi sebegitu.

Foto -Frazzer Harrison /Getty Images

#3 Paula Abdul

Meskipun sudah meningkat usianya, sosok yang pernah menjadi juri American Idol kesayangan ramai ini menyerlahkan sofistikasi dirinya dengan helaian blazer dress yang dihisi juntaian manik sequin yang sassy!

Foto -Emma Mcintyre/Getty Images

#4 Taylor Swift 

Manis dibaluti rona Lavender, Taylor Swift memang tidak lokek untuk bergaya feminin setiap kali melangkah ke karpet merah. Kali ini, beliau seolah sengaja mewujudkan kemeriahan menerusi dress mini yang sarat dengan ropol untuk mempamerkan personalitinya yang tersendiri.

Sumber: Billboard

#5 Julianne Hough

Antara busana karpet merah yang boleh dikira cute! Jualianne Hough tampil seksi mengenakan two-piece berbentuk bralette dan hot-pants yang kemudiannya, dipadankan dengan blazer sutera bersulam sequin. Sangat ringkas namun cukup bergaya.

Foto -Frazer Harrison/Getty Images

#6 Saweeti & Quavo 

Pasangan rapper ini masing-masing menyerlahkan aura musim bunga/panas menerusi helaian yang dimewahkan dengan motif floral oriental di mana, Saweeti tampil anggun dalam persalinan dress berpotongan cheongsam yang sarat dengan butiran sequin monokrom manakala, Quavo pula kelihatan ‘jambu’ dengan kemeja berbunga. 

Foto -Frazer Harrison/Getty Images

#7 Zedd

DJ Zedd mengetengahkan gaya ranggi maskulin apabila tampil hebat dalam padanan suit bercetak penuh yang diceriakan ilusi sisik ular serta perincian butiran sequin pada garisan kolar. So sleek!

Foto -Frazer Harrison/Getty Images

#8 Diplo

DJ Diplo yang semakin meningkat popular ini tampil berani dengan persalinan ala koboi namun, sudah diberi nafas baharu apabila fabrikasinya berwarna ungu sambil dilengkapi perincian sulaman bunga yang eksotik! 

Foto -John Shearer/Getty Images for dcp

#9 Sofia Reyes

Dipenuhi perincian ropol, fabrikasi jenis mesh yang dipilih tidaklah begitu membosankan apabila ianya dihiasi bunga timbul mini yang membuatkan gaun kemban ini tampak mewah bersahaja.

Foto -Shutterstock

#10 BTS

Dengar kata pakaian BTS untuk karpet merah Billboard Music Awards 2019 ini dibuat khas oleh pereka fesyen Alexander McQueen! Meskipun rata-rata mereka memakai suit monokrom, ada pula antaranya duanya yang ranggi menyarungkan suit bercetak. Comel!

Sumber: Billboard

Bagi kamu, helaian fesyen mana yang paling memukau?!

RUJUKAN 1, 2

The post Pesta Corak & Sequin Di Karpet Merah Billboard Music Awards 2019! appeared first on Wanista.com.

Makin Tua Makin Segak, Keanu Reeves Jadi Wajah Baharu Jenama Saint Laurent

$
0
0

Bak perumpaan Inggeris “aging like fine wine”! Itu yang boleh diibaratkan buat hero Matrix Keanu Reeves.

Sudah meniti usia senja tetapi beliau masih segak, kacak, malahan tampan. Kesemuanya berbaloi selepas jenama mewah Saint Lauren mengambilnya menjadi wajah baharu untuk koleksi tersebut.

Foto – Instagram

Saint Lauren baru sahaja mengumumkan bahawa Keanu Reeves dipilih manjadi wajah untuk koleksi lelaki musim luruh/sejuk. Pengarah kreatif Saint Lauren, Anthony Vaccarello mendedahkan berita tersebut di media sosial dengan berkongsi beberapa keping imej menakjubkan yang diambil oleh jurugambar David Sims.

Foto – Instagram

Ternyata perkhabaran tersebut mendapat reaksi positif dari Internet. Sifat introvert yang dimiliki serta kerendahan hati dan pemurahnya membuatkan netizen bersetuju dengan pemilihan tersebut. Jadi tidak hairan kenapa netizen makin jatuh cinta dengan aktor 54 tahun ini.

Kenapa Netizen Sayang Sangat Pada Keanu Reeves?

Bila aktor kacak ini dengan senang hati memberi makan ikan di taman.

Foto – Twitter

Melepak bersama dengan golongan gelandangan untuk mendengar cerita hidup mereka. Paling Cool okay!

Foto – Twitter

Tak pedulikan fesyen sampai kasut yang koyak di-sellotape sahaja.

Foto – Twitter

Senang menggunakan pengangkutan awam sahaja.

Foto – Twitter

Khabarnya, untuk setiap filem yang dia berlakon, dia akan menyumbangkan sebahagian besar pendapatan kepada badan amal dan hospital.

RUJUKAN

The post Makin Tua Makin Segak, Keanu Reeves Jadi Wajah Baharu Jenama Saint Laurent appeared first on Wanista.com.

Bergaya Dengan Beg Tote Floral Rekaan Neelofa Eksklusif Di Guardian

$
0
0

Bersempena musim bunga/panas, selari bagi memeriahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak, semalam Naelofar dengan kerjasama Guardian Malaysia tampil dengan tiga rekaan beg tote eksklusif yang dihiasi motif floral menggoda yang diberi nama RED BLOSSOMS, NATURE BEAUTY dan FLORAL SERENITY.

Untuk pengetahuan semua, apabila ditanya tentang inspirasi rekaan, Neelofa ada menyatakan yang belaiu sememangnya sukakan elemen floral bunga-bungaan, justeru apabila mendapat tawaran untuk menjalankan kerjasama bersama Guardian Malaysia, beliau tidak mahu menolak sebaliknya berasa bangga untuk menghasilkan rekaan beg yang boleh digayakan secara universal oleh wanita di semua peringkat umur.

Foto -Arkib Wanista

Bagi Guardian Malaysia pula, selaku toko barangan kesihatan dan kecantikan kegemaran ramai, pihaknya menyatakan bahawa kerjasama bersama Naelofar ini adalah salah satu inisiatif istimewa yang diketengahkan bagi menyambut mesra bulan Ramadhan bagi semua masyarakat Muslim di negara.

Comel sangat tote beg Naelofar x Guardian. Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, Guardian Malaysia juga akan menganjurkan sambutan bertema “Seiring Ramadan” sekaligus memberikan potongan harga sebanyak 50% bagi beberapa barangan terpilih sepanjang bulan puasa.

Pelanggan layak mendapatkan beg tote Naelofar  x Guardian pada harga cuma RM17.90 di pasaraya Guardian di seluruh Malaysia apabila membeli mana-mana produk sponsor seperti Maybeline, Sunsilk dan Nivea di Guardian berjumlah RM20 atau mana-mana produk bukan sponsor bernilai RM30.

Dari kiri: Red Blossoms, Nature Beauty dan Floral Serenity.

Stok beg tote Naelofar x Guardian adalah terhad, pelanggan dinasihatkan untuk lekas mendapatkannya sebelum kehabisan stok. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/Guardianmy].

The post Bergaya Dengan Beg Tote Floral Rekaan Neelofa Eksklusif Di Guardian appeared first on Wanista.com.


Serupa Tak Pakai Apa, Top 6 Fesyen Paling Daring Sepanjang Met Gala

$
0
0

Sejak tahun 1948, Met Gala telah dihokan setiap tahun di Metropolitan Museum of Art di New York City. Acara ini berfungsi sebagai penggalangan dana untuk muzium, dan memulakan pembukaan pameran fesyen tahunan Costume Institute.

Setiap tahun, selebriti memakai persalinan paling berani dan seksi untuk acara tahunan Met Gala di New York City. Selama bertahun-tahun, bintang seperti Cher, Jennifer Lopez dan Kendall Jenner telah membuat twist mereka yang tersendiri pada trend “naked” atau telanjang semasa acara tersebut.

Wanista bawakan beberapa selebriti yang bikin ramai cemburu dengan fesyen paling daring yang menampakkan susuk tubuh seksi malah menggiurkan.

Tahun 1974 menyaksikan penyanyi lagenda Cher memulakan trend telanjang di karpet merah. Menyarung sheer dress jarang dengan perincian bulu.

Foto – Getty

Beyonce dengan hampir menayangkan keseluruhan tubuhnya ketika menghadiri Met Gala 2015.

Foto – Getty

Tak nak kalah! Pada tahun yang sama, Jennifer Lopez tampil dalam sheer dress jarang dengan perincian batu permata merah. 

Foto – Getty

Berbulu sakan Rita Ora menghadiri Met Gala 2016 dengan tema “Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology”.

Foto – Getty

Paling Seksi jatuh kepada Kendall Jenner. Kendall hampir tidak memakai sebarang pakaian dalam, bahkan menampakkan sebahagian badan di bahagian belakang ketika menghadiri Met Gala 2017.

Foto – Getty

Cuba bayangkan tertanggal tali yang diikat reben. Mekap Zoë Kravitz menjadikannya cukup glamor sekali ketika menghadiri Met Gala 2018.

Foto – Getty

Anda rasa fesyen apa yang akan dibawakan para selebriti untuk Met Gala 2019. Katanya bertemakan ‘camp’, apa agaknya yang mereka akan pakai?

The post Serupa Tak Pakai Apa, Top 6 Fesyen Paling Daring Sepanjang Met Gala appeared first on Wanista.com.

Cantiknya, Harry Styles Buat Kejutan Pakai Baju Perempuan Di Met Gala 2019

$
0
0

Walaupun banyak kecaman tetapi Harry Styles memang gah di Meg Gala 2019.

Tiba di karpet merah Met Gala 2019 yang berlangsung di Metropolitan Museum of Art, New York, Harry Styles bikin warga internet terdiam dengan penampilannya paling daring. Harry memilih sheer blouse beropol jarang yang menampakkan badannya dipadankan dengan seluar hitam. Tidak hanya itu, Harry melengkapkan gaya dengan kuku berwarna, aksesori cincin dan anting-anting gantung dari batu mutiara, juga bertumit tinggi.

Foto – Getty

Ditemani pereka Gucci, Alessandro Michele, fesyen anak muda 25 tahun ini menjadi buah mulut kerana konsepnya mengekalkan hak kesamarataan jantina. Pada yang tidak tahu, Harry merupakan antara selebriti yang lantang menyokong golongan LGBT, padanya ‘love is equal’ dan itu hak masing-masing.

Foto – Getty

No wonder dia dipilih sebagai ikon fesyen pilihan generasi muda hari ini. Mega Sangat!

The post Cantiknya, Harry Styles Buat Kejutan Pakai Baju Perempuan Di Met Gala 2019 appeared first on Wanista.com.

Trend Baju Raya 2019 Bikin Rambang Mata!

$
0
0

Sudah genap hari kedua kita sebagai umat Muslim berpuasa, sedar tidak sedar… Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi! Jadi berapa ramai di sini yang sudah mempersiapkan keperluan Hari Raya?

Sebagai seorang wanita yang mementingkan keterampilan, kamu pasti sudah semakin ghairah mencari-cari pakaian Hari Raya bagaimana yang hendak digayakan di pagi lebaran. Untuk memberi idea kepada kamu agar mampu berfesyen seiring trend namun, masih lagi mampu mengekalkan cita rasa yang sesuai dengan identiti diri, ini beberapa busana Aidilfitri dari pereka dan jenama tempatan yang memiliki rekaan paling hit menurut Wanista.

#1 Picisan Batik

Klisenya rekaan baju raya musim ini apabila ramai pereka mengekalkan corak floral sebagai pilihan fabrikasi utama. Namun, bagi pereka yang lebih bijak, mereka mencuba kelainan untuk mewujudkan suasana Aidilfitri musim bunga dengan masih lagi mengekalkan corak floral tetapi dengan penggunaan material klasik yang lebih kontemporari seperti batik -yang kemudian diterap dengan potongan busana moden untuk cipta gaya timeless!

Dari kiri: Bydalili, House of Bella Nasir, House of Bella Nasir

#2 Corak Kotak-Kotak

Terinspirasi dari corak kegemaran negara Britain yang lazimnya boleh dilihat pada pakaian kebangsaan jenis klit (skirt) yang dipakai oleh para pria Gaelic, asal Scotland, rata-rata rekaan busana Aidilfitri 2019 banyak yang memanfaatkan corak kotak-kotak versatile. Nampak manis dan comel, bagi kamu yang sukakan gaya funky dan eksentrik, boleh cuba gayakan kurung dan padanan kebaya yang menggunakan fabrikasi checkered sebegini.

Dari kiri: Soonaru, Rizalman for Zalora & Adrianna Yariqa.

#3 Kemunculan Semula Kurung Pahang

Nampaknya, ramai pereka fesyen kita tahun ini yang ligat menampilkan busana Aidilfitri yang diinspirasikan dari kurungn pahang. Dari sisi ke sisi, ia terlihat seperti potongan kurung moden yang akan mencekak bahagian pinggang secara jelas sebelum potongan kainnya terus kembang sehingga ke hujung. Sesuai sangatlah untuk yang berbadan langsing dan curvy tu!

Dari kiri: Rizalman For Zalora, Lilit & Petra

#4 Kebarung

Jika dilihat-lihat semula, kebarung atau kebaya labuh yang berpotongan longgar ini sebenarnya lebih artistik daripada kebaya pendek. Ini kerana, material yang digunakan lebih berjela membuatkan si pemakai tampak lebih elegan. Lebih-lebih lagi saat pakaian itu ditiup angin, helaian kebarung itu pasti berterbangan memancarkan aura keayuan si pemakainya. So sensational!

Dari kiri: Maslea, Maslea & Lubna

#5 Polos Berbutang

Penulis jatuh hati betul dengan rekaan yang polos begini. Minimalis dan comel sangat bila ada pula perincian butang disusun di beberapa bahagian pakaian dan kain. Simple tak semestinya tak cantik kan? 

Dari kiri: Lilit, Umma & Lilit

#6 Jalur Warna-Warni

Orang kata kalau nak nampak tinggi boleh pakai pakaian yang ada ilusi corak berjalur menegak, mungkin kamu perlukan bantuan untuk kelihatan lebih lampai? Boleh tahan cantik helaian-helaian yang bercorak jalur ni.

Dari kiri: Khoon Hooi, Odda KL, Khoon Hooi

Mana satu pilihan hati kamu untuk Aidilfitri kali ni?

Happy shopping! ❤

The post Trend Baju Raya 2019 Bikin Rambang Mata! appeared first on Wanista.com.

H&M Keluar Koleksi Kolaborasi Dengan Siri Original Netflix “Stranger Things”

$
0
0

H&M berbesar hati untuk mengumumkan kolaborasinya bersama Netflix, tampil dengan koleksi berilhamkan terbitan Stranger Things yang bakal menyiarkan siri musim ketiga tidak lama lagi.

Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, koleksi kapsul Stranger Things bersama dengan H&M ini akan merangkumi helaian baju dan seluar untuk lelaki dan wanita, rangkaian  pakaian mandi, aksesori, dan lain-lain seperti lanyard wisel, selipar serta tuala mandi.

Dari kiri: Baju-T Crop: RM39.95, Seluar Dalam Bikini: RM39.95, Kemeja Floral: RM74.95 & Seluar Mandi Pendek: RM54.95. Foto -Arkib Wanista
Dari kiri: Tuala Mandi: (tiada harga), Sandal: RM54.95, Kaca Mata: RM39.95 & Lanyard: RM129.95. Foto -Arkib Wanista
Topi: RM39.95, Tank Top: RM44.95 & Celana Pendek Floral: (tiada harga). Foto -Arkib Wanista
Dari kiri: Baju Mandi: RM54.95, Topi Visor: RM39.95, Baju-T: RM39.95, Baju-T Berlogo: RM39.95 & Beg Fanny Pack: (tiada harga). Foto -Arkib Wanista

Secara ekslusifnya juga, kesemua koleksi ini hanya akan dipasarkan di H&M cawangan Lot10 dan menerusi platform atas talian di [hm.com] bermula 12 Jun ini. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/hmmalaysia].

The post H&M Keluar Koleksi Kolaborasi Dengan Siri Original Netflix “Stranger Things” appeared first on Wanista.com.

Seksa Kim Kardashian Pakai Dress Korset Sampai Tak Boleh Duduk Dan Kencing

$
0
0

Kim Kardashian West bukanlah orang asing di karpet merah, tetapi pemilihan fesyennya di Met Gala 2019 agak ekstra sehingga menjadi buah mulut netizen. Terutamanya di bahagian pinggang yang agak kecil yang bikin ramai orang mengerutkan dahi.

Menyarung dress korset dari Thierry Mugler, yang direka untuk menampakkan Kim kelihatan seperti basah dengan percikan air. Kim terkenal dengan ukuran bentuk badan seperti jam pasir, cumanya pada malam itu ia agak mengejutkan, sehingga netizen mempertikai keadaan organ-organ dalaman dan tulang rusuk Kim. Bayangkan pinggang Kim teramat kecil yang langsung tak masuk dek akal, ditambah lagi ukuran punggung yang betul-betul bulat mencolok mata.

Foto – Wanista

Menurut Kim, dia langsung tidak boleh duduk dan kencing kerana memakai dress korset tersebut, bahkan memerlukan khidmat tiga orang untuk memakaikan korset sahaja. Semuanya dikongsikan dalam video Vogue Kim bersiap ke Met Gala 2019. Memang seksa kita melihat setiap dari mereka menarik tali secara perlahan agar terbentuk badan ala jam pasir.

Kerana ramai yang mengkritik, jurulatih peribadi Kim menjelaskan Kim bekerja keras untuk mendapatkan tubuh badan sebegitu.

“To make things clear,” Alcantara wrote, “1. This dress is corseted BUT 2. Kim trains her ass off 6 days a f*cking week, she wakes up early AF and is dedicated. 3. I paved the road for her but SHE did the work! I love compliments either way. MOST IMPORTANTLY I don’t give a shit about your opinions on her body, if you think [it’s] fake or not! I see her every morning, I see her train and I see her sweat and I see all the work she does outside the gym and THAT is commendable!”

Pakar nutrisi dan pengurusan berat badan di Boston Medical Centre berkata, “korset yang ketat boleh menulak perut di luar diafragma, menyebabkan refluks dan mengganggu pernafasan, dan ia boleh merosakkan tulang rusuk. Keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tengah anda, yang menghadkan aliran darah dan oksigen ke organ penting anda.”

Foto – Getty

Yikes.. Kenapa Kim sanggup seksa diri?

RUJUKAN

The post Seksa Kim Kardashian Pakai Dress Korset Sampai Tak Boleh Duduk Dan Kencing appeared first on Wanista.com.

Trend Baru Sandal Crocs Jadi Beg Tangan. Cantik Ke Buruk?

$
0
0

Anda penggemar sandal Crocs?

Melihat pada reka bentuknya, ramai mengganggap sandal ini selesa. Tetapi tahukah seorang pakar Institut Tulang dan Sendi Illinois di Chicago, Dr Megan Leahy telah mengesahkan sandal Crocs tidak sesuai digunakan sehari suntuk atau dalam jangka masa yang panjang.

Foto – Crocs

Baca : Kajian : Pakar Sahkan Sandal Crocs Tidak Sesuai Dipakai Lama

Tapi bukan itu yang penulis ingin tegaskan. Baru-baru ini mendapat perhatian di internet, jenama beg tangan Optari mengambil inspirasi Crocs dengan mereka cipta beg tote. Produk yang disifatkan tahan lama dan ringan didatang dalam pelbagai pilihan warna yang mudah disesuaikan yang benar-benar menonjol dari orang ramai. Bukan itu sahaja, kerana rekaan yang fun, beg ini boleh dipakaikan untuk perempuan di semua peringkat umur.

Inilah Beg Tangan Optari, Inspirasi Crocs

Foto – Amazon
Foto – Amazon
Foto – Amazon
Foto – Amazon

Untuk kanak-kanak sesuailah pakai beg tangan Optari, nampak kecomelan. Tapi yang dewasa, lain macam tengok…

RUJUKAN

The post Trend Baru Sandal Crocs Jadi Beg Tangan. Cantik Ke Buruk? appeared first on Wanista.com.

Jenama Pakaian Dalam 6IXTY8IGHT Buka Gedung Di Sunway Pyramid

$
0
0

Dah masanya tukar pakaian dalam yang baru.

Wanista cadang para gadis pergi geledah ke jenama pakaian dalam 6IXTY8IGHT yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia.

Label pakaian fesyen antarabangsa, 6IXTY8IGHT mengumumkan pembukaan kedai pertamanya di Malaysia di Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid. Dilancarkan pada tahun 2002, 6IXTY8IGHT terkenal dengan pakaian dalam dan kasual yang menyeronokkan untuk wanita muda yang suka fesyen ranggi dan warna-warni. Malahan menarik lagi direka khusus untuk wanita Asia yang mempunyai rangka yang lebih kecil.

Foto – Arkib Wanista

Sebagai salah satu daripada jenama fesyen yang berkembang pesat di Asia dengan lebih daripada 160 kedai di seluruh Hong Kong, China, Macau, Taiwan, Korea Selatan dan Singapura, kedai 6IXTY8IGHT yang pertama di Malaysia menjangkau 4,500 kaki persegi dan menampilkan konsep reka bentuk ikoniknya merah jambu.

Foto – Arkib Wanista

6IXTY8IGHT akan membuka pintu kepada orang ramai di Sunway Pyramid di Unit LG1.05 pada 18 Mei 2019, jam 12.00 tengah hari. Untuk meraikan pembukaan kedai pertama 6IXTY8IGHT di Malaysia, 100 pembeli yang pertama pada 18 Mei 2019 boleh menerima RM 168 kad hadiah masing-masing. Di samping itu, terdapat 3,000 seluar dalam percuma akan diberi.

Foto – Arkib Wanista

Serbu ramai-ramai dengan teman rapat korang ye.. Have Fun!

The post Jenama Pakaian Dalam 6IXTY8IGHT Buka Gedung Di Sunway Pyramid appeared first on Wanista.com.


Artis Hollywood Pun Kalah! Fesyen Deepika Padukone Paling Gah Di Cannes 2019

$
0
0

Walaupun kehangatan Festival Filem Cannes 2019 sudah sampai ke penghujungnya tapi fesyen setiap selebriti yang hadir masih lagi jadi bualan. Salah satu ialah diva Bollywood masa kini, Deepika Padukone.

Beliau sangat mega, gah, vogue, memukau semua mata di karpet merah Cannes 2019. Dalam masa 24 jam, Deepika tampil dalam 6 persalinan berbeza. Gaun haute? Check. Barangan Kemas? Check. Dandanan rambut? Check. Mekap? Check. Segalanya sempurna!

Merupakan duta L’Oreal, Deepika menguasai karpet merah dengan caranya yang tersendiri. Aktres manis itu dilihat sentiasa bersedia mengambil risiko mengenakan busana paling extravaganza, yang gamaknya seperti Met Gala. Lihat sahaja gaun haute hitam putih dengan perincian reben besar, aksesori turban dilengkapkan untuk gaya gaun rona hijau daun pisang, bahkan juga gaun kembang digaya bersama sneakers. Bukan itu sahaja, fesyen luar biasa Deepika membolehkannya dipilih sebagai “Best Dressed” oleh majalah Vogue.

#1

Foto – Instagram

#2

Foto – Instagram

#3

Foto – Instagram

#4

Foto – Instagram

#5

Foto – Instagram

#6

Foto – Instagram

Antara semua looks, yang mana paling korang suka?

The post Artis Hollywood Pun Kalah! Fesyen Deepika Padukone Paling Gah Di Cannes 2019 appeared first on Wanista.com.

Aksesori Subang Cantik Aktres Heart Evangelista Bikin Kamu Nak Tindik Telinga

$
0
0

Syawal bakal menjelma! Dah buat persiapan? Baju raya? Tudung baru? Yang freehair, dah fikir cara dandanan rambut di pagi hari? Atau mungkin aksesori barangan kemas pelengkap gaya? Walau hanya membiarkan rambut mengurai begitu sahaja, jika dipadankan dengan aksesori yang betul maka penampilan bertambah seri.

Mungkin kamu boleh cuba mengenakan aksesori anting-anting atau subang. Kamu boleh ikut cara aktres cantik dari Filipina yang cukup arif bab berfesyen.

Lihat sini – 10 Sebab Wanista Obses Dengan Heart Evangelista, Aktres Cantik Dari Filipina

Jom lihat bagaimana caranya…

Padukan dengan warna gincu

Tangling

Mutiara

View this post on Instagram

I hear Dior… 👂❣✨

A post shared by Heart Evangelista (@iamhearte) on

Batu Permata

View this post on Instagram

❤

A post shared by Heart Evangelista (@iamhearte) on

Bulat & Melengkung

Selamat Hari Raya!

The post Aksesori Subang Cantik Aktres Heart Evangelista Bikin Kamu Nak Tindik Telinga appeared first on Wanista.com.

Aduhai Cantik Sungguh Koleksi Sneakers Puma x Sophia Webster!

$
0
0

Masih lagi dalam kehangatan trend sneakers menguasai dunia fesyen hari ini.

Sneakers bukan sahaja memberi keselesaan kepada si pemakai bahkan menambahkan warna ke dalam OOTD (outfits of the day) harian. Jadi, tidak hairanlah jenama kasut sukan berpusu-pusu mencipta rekaan yang unik dan menyeronokkan.

Puma x Sophia Webster. Foto – Arkib Wanista

Ambil contoh jenama suka Puma berkolaborasi bersama Sophia Webster memulakan musim Spring-Summer ’19 dengan sebuah koleksi kasut dan pakaian untuk wanita dan kanak-kanak yang cukup unik. Mengambil inspirasi dari pakaian senaman dan seni tarian zaman ’80-an, koleksi ini mencerminkan perspektif unik Sophia terhadap gaya feminine yang padu dan tidak terhingga.

Foto – Arkib Wanista

Koleksi ini menggunakan gaya ikoniknya untuk mengubah koleksi yang diilhamkan dari sukan dengan penggunaan logo baru, percetakan yang tebal, dan teknik warna ‘neon colour blocks’ yang terkenal pada zaman ’80an. Menerusi gabungan neon yang berwarna-warni bersama warna pastel, kasut Puma yang klasik kini diberi olahan rupa yang tampil segar, seronok dan sesuai untuk musim panas.

Foto – Arkib Wanista

Pelancaran kasut yang berbagai untuk kolaborasi SS19 Sophia Webster bersama Puma dilengkapi dengan koleksi yang menyeluruh menerusi pelancaran produk seperti baju T, ‘crop top’ dan seluar ketat panjang dan seluar pendek.

Koleksi SS19 Puma x Sophia Webster berharga dalam lingkungan RM 229 – RM 705 dan boleh didapati sekarang di semua butik Puma.

Foto – Arkib Wanista

Memang rambang mata.. Semua pun cantik-cantik!

The post Aduhai Cantik Sungguh Koleksi Sneakers Puma x Sophia Webster! appeared first on Wanista.com.

Melania Trump Anggun Sekali Bila Tiru Fesyen Puteri Diana (Gambar)

$
0
0

First Lady Melania Trump tiba di United Kingdom bersama suaminya, Donald Trump dalam lawatan negeri selama tiga hari.

Menjadi perhatian apabila Melania Trump kelihatan memberi penghormatan kepada gaya Puteri Diana ketika berkunjung ke Buckingham Palace. Melania Trump memilih ensemble yang menjadi salah satu kombinasi warna kegemaran Puteri Diana sendiri – putih dan navy.

Foto – Arkib Wanista

Memilih dress suit rona putih dari Dolce & Gabbana, diselitkan dengan perincian warna navy pada bahagian kolar dan tali pinggang, dipadankan pula topi Hervé Pierre membuatkan penampilan wanita 49 tahun itu cukup anggun sekali. Beliau juga melengkapkan gaya dengan sepasang sepatu dari Manolo Blahnik.

Foto – Getty

Ensemble segar itu mengingatkan beberapa gaya yang dipakai Diana ketika kerja-kerja awam sepanjang tahun 1980-an dan awal 1990-an.

Foto – Getty

Gaya Melania Trump sememangnya tidak pernah mengecewakan, malah sentiasa dipuji media antarabangsa.

Baca : 12 Gaya Fesyen ‘Berani’ Melania Trump Sebenarnya Sangat Cantik

The post Melania Trump Anggun Sekali Bila Tiru Fesyen Puteri Diana (Gambar) appeared first on Wanista.com.

Jom Lihat Fesyen Selebriti Di Aidilfitri, Mana Paling Cantik?

$
0
0

Cepat sudah masa berlalu.. Ramadan berakhir dan Syawal pun menjelma!

Jadi nak tanya macam mana dengan Raya? Mesti makan tak ingat dunia, kan? Ala sekali sekala, apa salahnya.

Seperti biasa, kalau dah raya mesti kita nak tengok fesyen pilihan selebriti khususnya wanita, rekaan pereka mana pilihan mereka, fesyen bagaimana yang mereka gayakan, corak dan warna, semua kita nak tengok. Dengan kehadiran Instagram, banyak selebriti telah berkongsi gambar baju raya pilihan ketika 1 Syawal.

Mana paling cantik dan berkenan di hati?

Neelofa mengenakan persalinan merah jambu, memang manis.

Pengacara Yaya Zahir bikin ramai wanita cemburu dengan baju raya glamor hot pink.

Wow sesuatu yang unik dari Kilafairy dalam cetakan harimau.

Walau simple tapi Izara Aishah masih tampak anggun dalam dress raya rona hitam.

Berabaya penyanyi muda bervokal lantang Aina Abdul.

View this post on Instagram

#ootd Eid #eidoutfit #blackabaya

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on

Scha Alyahya memang tak pernah kalah kalau bab berfesyen. Tahun ini memilih persalinan moden dari koleksi @jakeltextile.

View this post on Instagram

End of Syawal Day 1

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Glamor sungguh Nora Danish dalam dress raya mengikut ukuran badan.

View this post on Instagram

The love of my life. 💜 • • #nenoraya2019

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Bunga Citra Lestari tampil kelainan berseluar di pagi raya.

Ini antara pilihan peribadi Wanista ye… Selamat Hari Raya ❤

The post Jom Lihat Fesyen Selebriti Di Aidilfitri, Mana Paling Cantik? appeared first on Wanista.com.

Viewing all 2271 articles
Browse latest View live