Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Klasik! Rihanna, Kendall Jenner Semua Pakai Kaca Mata Ini

$
0
0

Nama-nama besar selebriti senang mempengaruhi gaya fesyen terkini. Tidak kisahlah gaya apa pun jika ia berpadanan pasti ia bakal menjadi ikutan netizen dan peminat yang gemar berfesyen. Rumah-rumah fesyen terkemuka juga mudah mengambil tempat untuk memperkenalkan jenama mereka dengan menaja atau berkolaborasi dengan selebriti terbabit.

Menariknya di pertengahan tahun 2017 ini, sempena fesyen musim panas Wanista tertarik dengan pilihan gaya kaca mata dari penyanyi Rihanna dan model Kendall Jenner. Mereka sering kali tampil dengan kaca mata rekaan diinspirasikan dari tahun 50-an yang terkenal dengan bentuk cat-eye.

Foto – Chronically Vintage

Sememang bentuk cermin mata eye-cat ini benar-benar menyerlah dan sesiapa yang berani sahaja boleh yakin tampil untuk gaya harian. Ianya dari bingkai tebal dengan rekaan hujung bingakai runcing keatas. Kaca mata jenis ini dapat memberi ilusi wajah runcing pada si pemakai sebenarnya. 

Jom kita lihat penampilan Rihanna yang selamba memadankan busana karpet merah dengan kaca mata eye-cat! 

Foto – RTL.fr

Ini kemunculan Rihanna di karpet merah Filem Festival Cannes 2017 dengan busana dan kot labuh putih dari Christian Dior dan aksesori dari Chopard. Mungkin Rihanna sangat menghargai musim panas di Perancis dia memilih kaca mata dari Andy Wolf sebagai pelengkap gaya. 

Foto – http://tomandlorenzo.com

Jangan main-main ya, rekaan bingkai kaca mata ini reka khas untuk Rihanna ‘OJALA’. 

Foto – http://tomandlorenzo.com

Bukan Rihanna sahaja yang galak menayang #throwback eye-cat ini, model Kendall Jenner dan Gigi Hadid juga mempamerkan gaya yang sama.

Gigi Hadid bersama kaca mata merah kegemarannya dari Le Specs x Adam Selman The Last Lolita Sunglasses in Red. Foto – hadidcloset.com
Kendall Jenner di acara Milan Fashion Week Februari lalu. Foto – CelebMafia

Begitu juga dengan si manis Selena Gomez yang memilih bingkai eye-cat dan cermin warna neon oren.

Selena Gomez. Foto – We Love Glasses

Jom tukar citarasa ikut Hollywood pula kali ini!

RUJUKAN

The post Klasik! Rihanna, Kendall Jenner Semua Pakai Kaca Mata Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271