Buat julung kalinya, UNIQLO tampil merasmikan pembukaan cawangannya yang ke-40 di Sky Avenue Mall. Genting Highlands.
Untuk menyambut kemeriahan tersebut, pelanggan yang membeli barangan bernilai RM200 ke atas layak menerima beg tote serta pelbagai promosi menarik!
Jelas wakil UNIQLO Malaysia, “Selepas kejayaan pembukaan gedungnya yang ke-39 di Malaysia, ternyata UNIQLO sangat komited dengan faksafah LifeWear untuk mengetengahkan fesyen yang berkualiti tinggi, selesa serta bergaya. Tidak lupa, setiap helaian juga haruslah mampu milik.

Tambahnya, “Kami juga mahu si pemakai berasa teruja kala memakai pakaian yang dihasilkan kami bahkan kami berasa amatberbangga kerana sokongan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus sehingga kami berjaya ke tahap ini”.

Untuk pengetahuan semua, bagi pelanggan terawal yang telah berkunjung ke cawanagn UNIQLO Genting Highlands tempoh hari, mereka adalah antara insan yang bertuah kerana dapat melihat dan membeli terus koleksi Hana Tajima for UNIQLO terkini istimewa untuk musim Luruh/Sejuk 2017.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.uniqlo.com/my] atau lawat laman Facebook rasmi Uniqlo Malaysia di [www.facebook.com/uniqlo.my].
The post Uniqlo Buka Cawangan Ke-40 Di Genting! appeared first on Wanista.com.