Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

[VIDEO] Fazura Viral Gara-Gara Gaya Tudung Di Mahkamah, Begini Caranya Untuk Hijabis Tiru Semula!

$
0
0

Gaya begini buatkan Fazura nampak lebih anggun, sopan dan manis!

Walaupun ramai yang tertumpu pada berita perpisahan di antara Nur Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin pada minggu lepas; bagi penggemar fesyen Muslimah (atau hijabis) pula, mereka lebih tertarik melihat gaya tudung Fazura ketika menghadiri mahkamah.

Tampil dengan menyarungkan sepasang jubah pleated berona merah jambu, Fazura dilihat mengenakan tudung bawal dalam rona yang sedondon, menyerlahkan lagi kejelitaannya yang semula jadi!

Cukup anggun, sopan dan manis, tudung bawal yang dikenakan olehnya itu menjadi viral kerana stail pemakaiannya. Nampak sangat kemas sehingga ramai yang meminta tutorial.

Dikongsi oleh seorang pengguna platform X, @Tieqazai menunjukkan tutorial stail tudung bawal yang dilakukan oleh Fazura. Kongsinya, tudung tersebut perlu dipastikan segi tiganya sama lurus bagi mendapatkan stail yang sama.

Tak susah pun tutorialnya. Dan cadangan Miss Murai kamu boleh cuba dengan fabrik chiffon lembut terlebih dahulu untuk dapatkan bentuk dan rupa yang agak selesa serta kemas.

Selamat mencuba!

The post [VIDEO] Fazura Viral Gara-Gara Gaya Tudung Di Mahkamah, Begini Caranya Untuk Hijabis Tiru Semula! appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271