Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Dek Kerana Gaun Ikonik Merah Ini, Bella Hadid Rasa Malu?

$
0
0

Karpet merah sentiasa menjadi medan selebriti menonjolkan gaya mereka. Maka tidak hairanlah mereka menghabiskan banyak masa untuk berdandan supaya kelihatan terbaik.

Bukan sahaja pakaian daripada pereka terkenal dunia atau rumah fesyen, tetapi juga jurusolek dan pendandan rambut terkenal. Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit bagi penampilan yang memukau. Hal ini kerana mereka sedar berjuta pasang mata akan memerhatikan penampilan mereka, dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Foto – Getty

Untuk Bella Hadid sendiri, walaupun sentiasa tampil mega di karpet merah, terdapat hari yang mengharukannya jua. Ada satu busana yang memberi mimpi ngeri sepanjang gaya karpet merah.

Festival Filem Cannes tahun 2016, Bella menyarung gaun panjang meleret rekaan Alexandre Vauthier. Semua mata tertumpu padanya apabila dia bergambar dalam gaun merah yang seksi, mendedahkan sebahagian tubuhnya di bahagian payudara serta belahan setinggi paha.

Foto – Getty

Nampak yakin bergambar di hadapan kamera, model jelita ini ternyata tidak selesa dengan gaun yang dipakainya.

“Gaun itu sendiri sangat mempesonakan. Namun, belahnya, ia terlalu mendedahkan. Saya berasa tidak selesa dan malu di hadapan kamera,” katanya.

The post Dek Kerana Gaun Ikonik Merah Ini, Bella Hadid Rasa Malu? appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271