Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Terbesar Di Asia Tenggara, Ini Yang Paling Best Bila Kunjungi Butik Levi’s® Di Suria KLCC

$
0
0

Tahniah Levi’s® atau pembukaan butik terbesar pertama di Asia Tenggara!

Semalam Miss Murai berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat butik Levi’s® yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Lot346-346A, Aras 3, Suria KLCC, butik berkeluasan 4239 kaki persegi ini mempunyai ruang yang tercanggih, sangat luas dan selesa.

Apa yang membuatkan butik ini lain daripada yang lain adalah, Levi’s® menawarkan koleksi komprehensif produk premium dan komersil kepada pelbagai lapisan pelanggan, sama ada peminat denim atau pun pembeli kasual.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga mendapat akses terawal kepada spektrum lengkap koleksi premium, termasuklah Levi’s® Vintage Clothing, Made In Japan, WellThread®, Selvedge dan banyak lagi.

  • Koleksi Premium Levi’s®- Musim Luruh/Dingin 2024: Koleksi gabungan stail bohemian bersama perincian Barat pada pakaian kerja, helaian warisan dan pakaian baharu.
  • Koleksi Made In Japan: Helaian perincian yang menggunakan alat tenunan vintaj, teknik mewarna dan mencelup tali yang unik.
  • Koleksi Levi’s® Vintage Clothing: Menampilkan helaian diperbuat dengan 100% kapas organik bersama reka bentuk selepas Perang Dunia Ke-2 seperti 501® Jeans Organic Rigid 1947, Type I Jacket 1936 dan Type II Jacket 1953
  • Koleksi Levi’s® WellThread®: Koleksi yang menampilkan rekaan bertunjangkan gabungan kemampanan, gaya dan inovasi.
Foto – Levi’s®

Selain itu, jika dilihat pada reka bentuknya pula, Butik Indigo ini direka khas untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah, sambil mewujudkan hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan.

  • Bahagian luaran di sebelah hadapan butik dihiasi dengan skrin LED gergasi yang menarik secara visual
  • Bahagian pintu masuk, pelanggan disambut dengan gerbang portal LED yang memaparkan kandungan multimedia yang penuh bertenaga
  • Ruang membelek pakaian yang besar dan luas membolehkan pelanggan menerokai setiap helaian kegemaran mereka
  • Ruang Pameran (Exhibition Space) menampilkan pelancaran serta koleksi istimewa
  • Kedai Jahit (Tailor Shop) khusus untuk pelanggan yang mahu memperibadikan produk Levi’s® mereka
  • Ruang istirehat dihiasi dengan bendera indigo untuk pelanggan bersantai, mencuba pakaian dan mencari inspirasi gaya

Kunjungi butik Levi’s® terbesar di Asia Tenggara ini di Suria KLCC dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari.

The post Terbesar Di Asia Tenggara, Ini Yang Paling Best Bila Kunjungi Butik Levi’s® Di Suria KLCC appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271