Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Damiani ‘Mendarat’ Di SEIBU, Pamer 15 Kepingan Dari Koleksi Eksklusif 100 Tahun Yang Luar Biasa!

$
0
0

Koleksi eksklusif 100 tahun diterbangkan dari Valenza khas untuk pembukaan butik Damiani di SEIBU, The Exchange TRX.

Barang kemas Damiani, yang mana namanya sinonim dengan kemewahan dan ketukangan Itali, telah membuka butik pertamanya di Malaysia. Terletak di SEIBU, The Exchange TRX, Kuala Lumpur, Damiani secara khasnya membawa 15 kepingan daripada koleksi eksklusif 100 tahun dari Valenza, untuk pembukaan butik ini.

Foto – Damiani

Bagi meraikan satu abad jenama tersebut, Damiani mencipya koleksi 100 karya agung, menampilkan kepingan luar biasa yang terdiri daripada batu permata yang paling jarang dan menakjubkan.

Di butik Damiani di SEIBU, pengunjung boleh melihat koleksi yang melambangkan haute joaillerie, di mana setiap karya menceritakan kisah keghairahan, warisan dan ketukangan yang telah dipelihara sejak turun temurun.

Foto – Damiani

Apa yang menarik perhatian Miss Murai semasa pembukaan butik ini adalah:

  • Koleksi Mimosa yang ikonik, di mana koleksi ini menampilkan warna rubelite dan spinel yang sangat meriah
  • Koleksi Belle Époque, mengingatkan keanggunan zaman dahulu dengan reka bentuk rumit dan penggunaan berlian mewah
  • Koleksi Fantasy Cut Seta, mempamerkan spinel biru kobalt iaitu batu permata yang paling jarang dan dicari di dunia
  • Koleksi Margherita, dengan kaleidoskop berlian mewah dan motif bunga yang rumit

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ✨Miss Murai✨ (@missmuraimy)

Kunjungi butik Damiani di SEIBU, The Exchange TRX untuk melihat dengan lebih dekat kepingan yang mempamerkan kemewahan dan juga ketukangan Itali yang sangat memukau!

The post Damiani ‘Mendarat’ Di SEIBU, Pamer 15 Kepingan Dari Koleksi Eksklusif 100 Tahun Yang Luar Biasa! appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271