Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Fesyen Karpet Merah Oscars 2024, Kembalikan Aura Old Hollywood Dalam Siluet Moden

$
0
0

Fesyen Oscars 2024 sentiasa dinantikan!

Saban tahun, Anugerah Oscars menjadi tumpuan pada peminat filem seluruh dunia. Malam berprestij dimana penggiat filem dan aktor diberi penghargaan terbesar. Disamping itu juga, acara karpet merah menjadi tarikan utama. Sudah tentu fesyen yang diperagakan oleh tetamu yang hadir menjadi hidangan kepada peminat para selebriti.

Dari pemerhatian DIVA, nampaknya siluet fesyen bagi karpet merah Academy Awards ke-96 ini mengembalikan era Old Hollywood. Potongan baju, pemilihan fabrik dan cetakan lebih terarah gaya glamor dan anggun saat zaman Audrey Hepburn. Dominasi gaya ini membuatkan karpet merah Oscars 2024 kembali eksklusif dari biasa.

Tiada lagi gaya fesyen tacky atau berlebih-lebih. DIVA sangat berpuas hati dengan kepingan gambar selebriti yang cukup mempesona bersama rekaan fesyen terulung. Ini antara pilihan gaya Old Hollywood yang menghidupkan semula karpet merah Oscars 2024;

Jennifer Lawrence – Dior

DIVA amat gembira kerana Dior dan Jennifer Lawrence berjaya membawa corak polka dot dalam majlis anugerah sebegini! Ternyata polka dot masih tidak ditenggelam zaman dan ia mampu kelihatan anggun. Dior juga bijak menggunakan potongan dress off-shoulder bagi membina gaya sofistikated.

Foto – Getty Images

Zendaya – Armani Privé

Zendaya sangat cantik dengan gaun klasik dari Armani Privé. Sulaman manik dan fabrik kilat cukup menjadi aksesori mewah pada pelakon ini. Zendaya juga menambah elemen Old Hollywood dengan gaya rambut yang rapi.

Foto – Cosmopolitan

Carey Mulligan – Balenciaga

100% Old Hollywood! Siapa sangka Balenciaga memberikan potongan, warna, lapisan fabrik yang benar-benar mencerminkan fesyen klasik Hollywood. Aktress Carey Mulligan pula cukup terletak dengan gaya solekan, potongan mekap dan paling penting beliau tidak berlebihan dengan aksesori. Dress hitam putih itu merupakan aksesorinya.

Foto – Getty Images

Emma Stone – Louis Vuitton

Nampaknya kelibat peplum kembali menjengah! Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menyarung dress minimalis dari Louis Vuitton. Ternyata pilihan ini membangkitkan kesegaran wajah Emma Stone dan dress ini juga seperti sangat selesa dipakai. Bonus buat Louis Vuitton apabila dress ini bakal menjadi sejarah kerana kemenangan Emma Stone.

Foto – Town & Country Magazine

Michelle Yeoh – Balenciaga

Selain Zendaya, our mother Michelle Yeoh ditaburi dengan kerlipan manik dalam rekaan Balenciaga Haute Couture. Kombinasi hiasan penuh manik, juraian selendang melepasi bahu dan kasut tumit tinggi hitam melengkapkan aura Old Hollywood pada Michelle. Jangan lupa, Balenciaga turut menyarung lengan aktress asal Malaysia ini dengan sarung tangan hitam yang mempotret segalanya tentang look itu.

Foto – Grazia.sg

Da’Vine Joy Randolph – Louis Vuitton

Gembira rasanya melihat Da’Vine Joy Randolph membawa fesyen lebih fun untuk malam Oscars 2024. Pilihan gaun manik, warna segar baby blue dan mainan hujung lengan kembang cukup menaikkan seri pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Foto – People

Sandra Hüller – Schiaparelli

Of course fesyen dan seni Schiaparelli tidak terlepas dari tangan DIVA. Kamu lihat sendiri gaya constructive garis leher dan bahu yang dramatik. Ia memberi gabungan komponen klasik dan moden yang terlihat bersahaja tapi menjerit wow!

Foto – British Vogue

Apa pendapat kamu dengan tujuh pilihan gaun diatas? Adakah ia benar-benar menepati ciri Old Hollywood dan dress mana menjadi kegemaran kamu? Kongsikan!

The post Fesyen Karpet Merah Oscars 2024, Kembalikan Aura Old Hollywood Dalam Siluet Moden appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271