Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

GUCCI Eyewear SS24: Barisan Kaca Mata Unik Menyingkap Gabungan Warisan & Kemodenan!

$
0
0

Jika kamu ada mengikuti pertunjukan fesyen GUCCI di Minggu Fesyen Milan baru-baru ini, apa yang DIVA boleh katakan, memang love betul koleksinya! Lihat sahaja semua kepingan fesyen yang diperagakan terutama kaca mata;  memang sangat unik, elegan dan cool untuk kita gayakan dalam musim bunga dan panas.

Sekadar info untuk kamu, koleksi kaca mata GUCCI SS24 kali ini adalah barisan yang menggabungkan inspirasi daripada arkib dengan elemen kontemporari, menghasilkan penglihatan dan eklektik.

Untuk melihat keseluruhan koleksi kaca mata GUCCI SS24, DIVA sarankan kamu scroll dan lihat setiap satu kepingannya di bawah sampai habis ye!

Gabungan Warisan & Moden Dalam Kepingan Yang Unik!

Apa yang DIVA suka dengan koleksi kali ini, gabungan warisan dan kemodenan dalam setiap kepingan kaca dapat membuatkan si pemakai dapat menjelmakan gaya canggih serta elegan jenama GUCCI menerusi barisan bingkai optik dan kaca mata hitam yang dihasilkan daripada asetat dan logam.

Foto – GUCCI

Walaupun dihasilkan daripada asetat dan juga logam, barisan kaca mata untuk musim ini mempunyai struktur yang lebih ringan, volume yang tebal dan siluet tersendiri. Dan di kaca mata ini juga, kamu dapat melihat perincian istimewa simbol GUCCI seperti Interlocking G, Double G, signature rivet dan logo huruf GUCCI.

Foto – GUCCI

Motif GG ditonjolkan pada reka bentuk clip-on dan bingkai berinspirasikan tahun 80-an dengan faceted finishes. Logo Interlocking G pula mempunyai sentuhan kotemporari dan fork temple ditakrif dengan lelaran serta binaan hadapan rata.

Cadangan Kaca Mata Menurut DIVA 

Bagi kamu yang mencari sleek look, DIVA sarankan kamu memilih kaca mata mask wraparound countour dan inverted temples. Ataupun kamu boleh upgrade gaya menjadi lebih glamor dengan plihan kaca mata permata yang dihiasi dengan rhinestone, kristal dan rantai.

Foto – GUCCI

Tambahan untuk musim ini, GUCCI turut menawarkan siluet tanpa bingkai yang diilhamkan oleh ski goggles. Kepingan ini dibentuk asetat penuh, bingkai penuh dengan kanta berwarna untuk gaya yang lebih edgy.

Foto – GUCCI

Yang terakhir, untuk kamu yang sukakan gaya kotemporari yang penuh warna-warni tetapi lebih kepada gaya klasik, DIVA sarankan kamu mencuba barisan kaca mata edisi terhad yang menggunakan bahan kitar semula 100% (ReAce).

Foto – GUCCI

DIVA lebih sukakan koleksi edisi terhad ini kerana setiap set bingkai mempunyai corak yang tidak boleh diubah. ReAce dibentuk menjadi pilihan susun bingkai geometri dan binaan sempit, dicirikan oleh palet kromatik yang jelas dan unik serta logo GUCCI pada kuil.

Koleksi kaca mata GUCCI SS24 ini boleh didapati di Kering Eyewear oleh MOG Prestige di Pavilion Kuala Lumpur.

The post GUCCI Eyewear SS24: Barisan Kaca Mata Unik Menyingkap Gabungan Warisan & Kemodenan! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271