
Barangan kemas emas Koleksi Oro Italia 916 terus menjadi kegemaran para pelanggan HABIB.
Bermula sejak tahun 2010, koleksi ini telah berkembang dengan lebih banyak pilihan bagi memenuhi citarasi setiap pelanggan dan sesuai digayakan oleh semua lapisan umur.
Kita mesti nak tahu bagaimana barangan kemas ikonik dari negara Pizza ini datang ke Malaysia? Inilah DIVA nak kongsikan…
Mengembara jauh ke negara Itali
Kisah bermula apabila Dato’ Sri Meer Habib, seorang usahawan yang berpandangan jauh dalam perniagaan mula mengorak langkah ke negara Itali yang terkenal dengan kepakaran pertukangan dan rekabentuk barang kemas emas berkualiti.
- Foto – Penghias wajah Kempen Oro Italia 916 HABIB tahun 2022
Itali pada waktu itu lebih menumpukan kepada emas 750 (18K) untuk rekaan barangan kemas. Justeru, HABIB berkongsi buah fikiran baru serta proses penyelidikan dan kajian selama dua tahun untuk menghasilkan barangan kemas emas Itali dengan mutu emas 916 (22K) yang serasi dengan budaya rakyat Malaysia.
Kemajuan teknologi mereka juga membolehkan tukang emas menghasilkan koleksi dengan kombinasi warna emas yang berbeza seperti emas kuning, emas putih dan emas merah jambu sambil mengekalkan mutu emas 916 yang sesuai dijadikan pelaburan.
Pencetus trend dalam industri barangan kemas di Malaysia
Tak dinafikan Koleksi Emas Oro Italia 916 telah menjadi pencetus trend dalam industri barangan di Malaysia. ‘Oro’ dipetik daripada perkataan Itali yang bermaksud emas.
- Foto – Gelang Tangan Cleopatra
Setiap rekaan mempunyai penceritaan tersendiri, dan kehalusan serta kekemasan tidak dapat disangkal kerana butiran manik dipilih dan disusun satu persatu umpama menjahit sulaman.
Teknik potongan dan kemasan unik turut ditawarkan seperti high polish, matte dan potongan berlian. Malah kemasan yang menggunakan teknik cataphoresis lacquer bagi menghasilkan warna pada emas 916 yang distingtif seperti rona merah, hijau, ungu dan biru turut menjadikan koleksi ini istimewa.
- Foto – Gelang Tanga Dalila
Selain itu, Koleksi Oro Italia 916 ditawarkan dalam pelbagai bentuk dan saiz bagi memenuhi citarasa pelanggan. Rekaannya dikenali memberi keselesaan kepada si pemakai.
Untuk info kamu, sekarang sedang berlangsung Kempen HABIB Oro Italia 916 sehingga 20 November 2022 di bilik pameran seluruh Malaysia.
- Foto – Koleksi Aria
Nak tahu lebih lanjut tentang Koleksi Emas Oro Italia 916 dan barangan kemas HABIB yang lain, layari laman sesawang www.habibjewels.com.
The post Pilihan Pelanggan HABIB, Ini Kisah Barangan Kemas Ikonik Oro Italia 916 appeared first on Diva MY.