Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Miliki Koleksi Beg Berjenama? Kena Jaga Begini, Baru Tak Cepat Rosak!

$
0
0

Tak kisahlah sama ada kanvas atau kulit, kecil atau besar, bulat atau segi empat; setiap wanita suka kumpul beg tangan untuk koleksi peribadi mereka. Lebih-lebih lagi beg tangan berjenama!

Walaupun ramai yang suka kumpul beg tangan berjenama sebagai koleksi; tapi hanya segelintir saja yang tahu cara nak jaganya dengan betul.

Kalau kamu salah seorang daripadanya, pastikan kamu bukan hanya kumpul saja ye tapi tahu cara jaga dengan betul. DIVA kongsi caranya…

Pertama, jangan sesekali guna kain lap yang basah 

Andai kata beg tangan ada sedikit kekotoran, jangan lap guna kain yang basah. Bila guna kain basah untuk lap, beg kamu akan jadi cepat pudar warnanya dan rosak.

Foto – Pinterest

Jadi sebagai solusi, guna kain yang betul-betul kering atau tisu bersih saja. Lap sehingga yakin kekotoran tersebut hilang.

Nak simpan pula kena simpan di tempat yang betul

Sama ada beg berjenama atau tidak, penting untuk kamu tahu jangan simpan beg tersebut di merata tempat, secara melonggok, kawasan lembap atau panas. Beg boleh jadi rosak kulitnya, cepat mengelupas dan senang naik kulat.

Foto – Pinterest

Saranan DIVA, simpan beg kamu di almari yang khas untuk beg atau guna dust bag. 

Bila bawa alat mekap dalam beg, pastikan letak dalam pouch 

DIVA tahu mana-mana wanita tak akan terlepas daripada bawa alat mekap untuk touch up semula mekap mereka ketika di luar. Tapi pastikan sebelum masukkan alat mekap dalam beg, kamu letak dulu dalam pouch.

Foto – Pinterest

Tujuannya untuk elak daripada alat mekap tidak kotorkan beg dan alat mekap jenis cecair pula tidak tumpah.

Lebih baik guna secara berganti-ganti 

Mengikut citarasa setiap orang, tetapi DIVA syorkan untuk kamu guna beg tangan secara berganti-ganti (atau berselang-seli). Bukan apa, bila pakai satu jenis beg secara berterusan, bahan gentian beg tersebut akan berkurangan dan membuatkan beg jadi cepat rosak seperti mengelupas.

Foto – Pinterest

Selepas ini pastikan kamu jaga beg tangan berjenama dengan betul ye, selamat beramal!

The post Miliki Koleksi Beg Berjenama? Kena Jaga Begini, Baru Tak Cepat Rosak! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271