
Bila kamu nak bersukan, adakah kamu pakai sport gears yang sesuai? Atau main bedal saja pakai apa pun?
Apabila mula ada niat nak bergerak dan menjalani gaya hidup yang aktif, penting untuk kita mencari motivasi yang betul. Salah satunya, bermula dengan pemilihan gear yang tepat.
Dan untuk mencari gear yang sesuai dan menepati citarasa kita sebagai wanita, DIVA syorkan untuk kamu dapatkannya daripada Under Armour (UA) Women dalam rona pink tau!
Selaras dengan komitmen dalam menyokong atlet wanita di seluruh dunia; UA Women direka khas untuk mereka yang mencari fungsi dan gaya dalam satu masa yang sama.
#1 Mid Crossback Heather Sports Bra
Pertama sekali sebelum bersukan, penting untuk kamu memakai sport bra yang betul. Bukan apa, sport bra yang betul dan sesuai penting untuk menyokong aset kamu.
- Foto – Under Armour
Dengan sport bra UA ini, kamu boleh mendapat sokongan yang terbaik sama ada ketika melakukan spin classes, weight-training dan boxing. Malah sport bra ini juga menyerap peluh dengan cepat, jadi tiadalah masalah jerawat di badan dan sebagainya.
#2 Twist Tank
Untuk nampak lengkap dan bergaya semasa bersukan, DIVA syorkan kamu dapatkan UA Twist Tank ini. Dicirikan dengan fabrik yang sangat selesa, tank top ini direka bentuk oleh teknologi HeatGear®; menyerap peluh dan cepat kering walaupun kamu berpeluh lebih banyak daripada kebiasaannya.
- Foto – Under Armour
Dengan perincian bahagian depan yang berpintal, kamu dapat pamerkan satu gaya yang baru dan lebih segar semasa bersukan.
#3 Ankle Leg Twist Legging
Untuk mudahkan pergerakan tak kiralah apa jenis senaman yang kamu lakukan, seluar sukan (legging) yang best adalah UA Ankle Leg Twist Legging!
- Foto – Under Armour
Direka dengan teknologi HeatGear®, legging ini boleh diregang dan menyedut peluh dengan baik. Malah optimum covers yang ditawarkan dapat menyokong setiap otot badan. Apa yang lebih best, ada poket kecil untuk kamu simpan barang-barang penting.
#4 UA Hovr Omnia Training Shoes
Mencari kasut senaman atau sukan yang sedap dipakai, tidak membuat kaki melecet dan menyokong kaki, kamu patut dapatkan sepasang UA Hock Omnia Training Shoes.
- Foto – Under Armour
Direka bukan sahaja sesuai untuk kaki wanita, tapi kusyen kasut sukan yang ringan ini beri cengkaman dan kestabilan yang terbaik semasa bergerak.
Tunggu apa lagi, beli di [SINI] okay?
The post #PinkOctober Bersama Under Armour, Beli 4 ‘Gear’ Rona Pink Ini Sekarang! appeared first on Diva MY.