Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Seperti Ada Kimia Antara Kim Kardashian & Balenciaga, Lihat Momen Sensasi Bergaya Ini…

$
0
0

Intim sungguh ‘hubungan’ Kim Kardashian dan Balenciaga!

Mana-mana sahaja Kim K pergi pasti ada kelibat beg tangan, kaca mata ataupun kasut dari jenama asal Sepanyol ini. Ia antara jenama yang mencipta revolusi fesyen abad ke-20 dengan memperkenalkan pelbagai gaya potongan terkini dan unik khususnya untuk kaum wanita. Sesuai sangat dengan Kim yang sentiasa ingin kehadapan tentang fesyen.

Ramai yang menganggap Kim telah ditaja oleh Balenciaga. Ternyata tekaan itu jauh meleset, ia hanya sekadar Kim benar-benar suka akan konsep yang dibawa oleh Balenciaga. Malah, influencer terkemuka dunia inilah yang banyak membantu menaikkan semula nama Balenciaga!

Foto – Hyperbeast

Ambil contoh, Hermes Birkin oleh Jane Birkin dan Tifanny oleh Audrey Hepburn. Samalah penangan yang dibuat oleh Kim K pada si ikonik B. Ratu Instagram ini banyak mencipta momen ‘cakap-cakap’ orang ramai ia jadi tular dan fenomena fesyen masa kini.

Tak percaya? Mari kita imbas semula peristiwa fesyen yang melekap pada ingatan ramai bak baju sarung ketat Kim K.

Baru seminggu lalu, Kimmy muat naik gambar berpeleseran bersama mini dress yang dihasilkan dari 14 lilitan tali pinggang. Ia hasil air tangan dari Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia. 

Foto – Instagram / @kimkardashian

Pergi mana-mana pun tetap menjinjit beg tangan versatil Hourglass Balenciaga ini. Baru sahaja release tahun 2019 yang lalu. Nampaknya Kim tetap jadi pendukung kuat pamer beg Hourglass berkristal. 

Foto – Instagram / @kimkardashian

Sempena Minggu Fesyen Paris, beliau dijemput bukan sahaja untuk bersidang di majlis mega ini. Bahkan diberi penghormatan untuk berjalan di atas pentas peragaan Balenciaga. Macam biasa, tetap dengan helmet misteri setelah berjaya mencipta imej baru pada Met Gala tahun lalu. 

Foto – Instagram / @kimkardashian

Tipu kalau anda tak ingat momen paling ikonik dalam sejarah Met Gala 2021 ini! Kim Kardashian bersama Balenciaga berjaya buat mereka dijadikan tajuk utama disetiap aplikasi media sosial. Biarlah jadi memes, ejekan mahupun tabik hormat..cetusan gaya ini cukup segar dan masih ingat dihati pengikut fesyen dunia. 

Foto – Instagram / @kimkardashian

Kuasa merah jambu paling berjaya selepas Power Rangers Pink! Habis sahaja Kim K tayang dua look ini di SNL. Tak lama selepas itu, body suit ketat merah jambu jadi ikutan ramai. Ia ringkas, seksi, glamour dan berani. 

Foto – Instagram / @kimkardashian

Kim Kardashian dan Balenciaga kalau boleh DIVA nak gelarkan sebagai power couple!

The post Seperti Ada Kimia Antara Kim Kardashian & Balenciaga, Lihat Momen Sensasi Bergaya Ini… appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271