Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Semuanya Dari Marks & Spencer, Copy Paste Gaya Zahirah Macwilson

$
0
0

Di sebalik kesibukan sebagai pelakon dan model, ibu muda Zahirah Macwilson sentiasa mengutamanya keluarga, dan memastikan seluruh isi rumah dan keperluannya dipenuhi.

Daripada memilih fabrik yang sesuai untuk keluarganya kepada membeli-belah untuk pasangan dan diri sendiri, isteri kepada Aiman Hakim Ridza ini memilih Marks & Spencer (M&S) untuk seluruh isi rumahnya.

Zahirah sentiasa pergi ke destinasi membeli-belah all-in-one kegemarannya Marks & Spencer yang dekat di hatinya.

“Ini kerana saya dibesarkan di UK, M&S adalah tempat di mana keluarga saya sering pergi untuk kami membeli-belah barangan keperluan kami dari pakaian ke rumah hing makanan.”

Bercakap bab fesyen, Zahirah sentiasa memilih linen kerana fabriknya yang breathable dan selesa dipakai terutamanya dalam cuaca panas dan lembap seperti Malaysia.

Zahira mengesyorkan pakaian dari koleksi M&S Autumn kerana dia berpendapat bahawa fabriknya menyejukkan, lembut dan selesa. Malah dia suka betapa mudah dipakai, namun ia tidak terlalu ketat juga sederhana, menjadikannya serba boleh untuk dipakai pada siang atau malam.

Gaya 1

Foto – Marks & Spencer

Gaya 2

Foto – Marks & Spencer

Gaya 3

Foto – Marks & Spencer

Dapatkan gaya pilihan Zahirah Macwilson yang merangkumi M&S Womenswear, Menswear, Kidswear di stor seluruh negara atau secara online di www.marksandspencer.com.

The post Semuanya Dari Marks & Spencer, Copy Paste Gaya Zahirah Macwilson appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271