Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Jom Melaram Habis Pada Hari Deepavali Dengan Pakaian Etnik Khas Dari Indya!

$
0
0

Tahniah Indya atas pembukaan kedai pertama di Malaysia!

Jenama pakaian desi dan gabungan tradisional yang berasal daripada India, Indya secara rasminya melancarkan kedai pertamanya di Malaysia. Bertempat di Brickfields, Indya mempunyai lebih 150 kedai di Utara, Selatan dan Tengah India.

Untuk pengetahuan kamu, Indya turut bekerjasama dengan beberapa pereka terkenal. Antaranya adalah Nikhil Thampi, Priyal Bhardwaj, Payal Singhal, Ashish N Soni, Ridhi Mehra dan GIVA. Kerjasama ini membawa kepada penciptaan rupa wanita milenium dalam cetakan dan fabrik khas.

Foto – Indya

“Indya telah menggabungkan gaya klasik dengan potongan kotemporari. Setiap reka bentuknya sangat unik dan tulen, hingga menjadikan jenama ini khusus dalam pakaian etnik dengan kelebihan kotemporari”- Sathia Ramasamy, Pengarah Indya Malaysia.

Bila berkunjung ke Indya, kamu akan dapati kedai ini mempunyai pelbagai jenis bahagian berbeza untuk diteroka. Daripada sari perkahwinan, pakaian Indo-Barat, pakaian kasual dan parti, beg buatan tangan hingga ke perhiasan buatan tangan.

Foto – Indya

Bukan itu sahaja, kalau kamu nak cari pakaian etnik, kasual, sari blaus atau gaun pun ada tau!

Foto – Indya

Untuk tahu tentang koleksi atau promosi terkini, kamu boleh layari [WEB] rasmi Indya, [FACEBOOK] dan juga [INSTAGRAM] mereka. Psst… Setiap pelanggan boleh nikmati rebat 5% untuk pembelian kedua secara terus di kedai dengan terma dan syarat dikenakan sewajarnya.

Happy shopping!

The post Jom Melaram Habis Pada Hari Deepavali Dengan Pakaian Etnik Khas Dari Indya! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271