Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Ada Oren, Kuning? Koleksi ICE Watch Generation Tampil 7 Warna Yang Menonjol

$
0
0

7 warna yang ditampilkan sangat meriah dan penuh ceria.!

Sangat lembut dan ringan, itulah yang menarik pada koleksi jam tangan baru, ICE generation. Dipenuhi dengan warna-warna dengan percikan cahaya matahari, ICE generation ini sangat menonjol dan menaikkan seri si pemakai.

Foto – ICE generation

Terdapat 7 pilihan warna kamu boleh pilih mengikut kesesuaian, antaranya Flashy Blue, Flashy Green, Flashy Yellow, Flashy Orange, Flashy Pink, White Forever dan Black Forever. Perincian yang basic, daripada casing yang kalis air kepada tali kalis air, ICE generation sesuai sangat untuk orang muda yang mengamalkan gaya hidup aktif. ICE generation menggambarkan semangat happy-go-lucky dan keceriaan.

Foto – ICE generation

Diletak dalam kotak BeCubic yang ikonik, dengan penutupnya dalam warna yang selaras mengikut jam tangan. Sangat praktikal, kotak ini boleh digunakan semula menjadi kotak pelbagai guna. BeCubic mengambil pendekatan alam sekitar, di mana diperbuat daripada plastik kitar semula daripada sisa proses pembuatan industri plastik.

Sekaligus ini menunjukkan ICE Watch selaras dengan ekonomi yang lebih bertanggungjawab.

ICE generation berharga RM489, dan boleh didapati di www.ice-watch.com.my

The post Ada Oren, Kuning? Koleksi ICE Watch Generation Tampil 7 Warna Yang Menonjol appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271