Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

[FOTO] Fesyen Lady Boss Pilihan DIVA, Inspirasi Dari Koleksi PRADA SS23

$
0
0

Berlangsungnya Minggu Fesyen Milan baru-baru ini membuatkan mata DIVA tertumpu pada koleksi Prada Summer/Spring 2023. Bukan apa, menerusi koleksi ini kamu dapat melihat persembahan fesyen yang menggabungkan elemen klasik dan kotemporari.

Siluet yang digunakan telah disesuaikan dengan lebih terperinci pada pakaian luar, baju, kot, seluar dan skirt.

Dan apa yang lebih membuatkan DIVA teruja adalah pemilihan warna dan reka bentuk setiap pakaian dalam koleksi ini. Setiap satunya boleh menyerlahkan lagi sisi karisma dan wibawa si pemakai. Oleh itu, DIVA rasakan beberapa pakaian ini sangat sesuai untuk mereka si ‘Lady Boss’.

Untuk lady boss yang garang dan tegas, cuba kenakan single breasted coat sama ada fit pada badan atau oversized. 

Foto – Vogue

Kalau mahu nampak simple tetapi masih mahu ada aura lady boss, boleh juga kamu gayakan jump suit secara tunggal atau dipadankan bersama sheer dress yang elegan. 

Foto – Vogue

Paling vogue sekali, gaya strapless column dress atau slit skirt seperti di bawah…

Foto – Vogue

Kalau casual look yang masih lagi on point, kamu  boleh pakai sweatshirt yang digandingkan dengan sweatskirt yang dibelah hingga ke bahagian lutut. Atau sweatshirt digantikan dengan kemeja dan cardigan. 

Foto – Vogue

Ada hari berjumpa dengan client atau hadiri majlis yang agak rasmi, kamu boleh cuba gaya berikut…

Foto – Vogue

Untuk lady boss yang cool personalitinya, DIVA pilih look yang ini. Terserlah sisi elegan dan sofitikated kamu!

Foto – Vogue
Foto – Vogue

Atau mahu masukkan sedikit rasa seksi dan misteri, gaya berikut sesuai untuk kamu. 

Foto – Vogue

Sekali imbas sudah macam vibeThe Devil Wears Prada‘ pula kan?

The post [FOTO] Fesyen Lady Boss Pilihan DIVA, Inspirasi Dari Koleksi PRADA SS23 appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271