
Mengikuti peredaran zaman, Bata Malaysia memperkenalkan barisan produk yang terkini, asli dan lebih bergaya, dengan menampilkan ‘200’ gaya untuk dipadankan dalam apa jua majlis.
Koleksi ini diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada matlamat Bata untuk membawakan keselesaan ke dalam inovasinya, membawakan gaya kasual baru yang selesa bagi memenuhi keperluan gaya hidup harian menerusi koleksi popular mereka seperti North Star, Power, Bata Red Label, dan banyak lagi.
- Foto – Bata
Bata juga berhasrat menawarkan pelbagai pilihan gaya unik yang menarik, dan mencuit pendangen sambil mencipta satu perubahan positif terhadap alam sekitar dan masyarakat.
Mereka yang mengenali jenama unggul ini mengetahui bahawa Bata sememangnya sentiasa berada di bahagian hadapan dalam usaha memperjuangkan fesyen lestari.
Ini terbukti melalui siri ‘Power Love Ocean’.Dengan bahagian atas yang diperbuat daripada 100% botol plastik kitar semula, serta kandungan kitar semula lain dalam tapak tengah, tapak luar dan dalam, Love Ocean ialah koleksi mampan pertama Power yang Bata bertujuan untuk menjadikannya lebih besar setiap musim.
- Foto – Bata
Kalan kamu nak melihat sendiri koleksi 200 Styles for Endless Occasions, pergi saja stor Bata, atau laman sesawang www.bata.com.my, Shopee dan Lazada.
The post Ingat Sneakers, Ingat Bata! Bata Malaysia Lancar 200 Gaya Terkini appeared first on Diva MY.