
Fesyen di Malaysia bukan sahaja merentasi masa tapi juga cuaca!
Gaya kardigan tidak asing lagi, ia bukan sahaja dapat menghangatkan tubuh tapi menambah perisa dalam satu gaya fesyen anda.
Biasanya, kardigan sering dikaitkan dengan aura romantis, minimalis dan pemakaian yang versatil. DIVA percaya, setiap dari kita pasti ada satu kardigan kegemaran dalam almari.
Mahu tambah koleksi kardigan baru? Nah, lima kardigan rekaan terbaru tahun ini yang bukan sahaja cantik tapi selesa pada kulit.
#1 Kate Spade Cashmere Crewneck Cardigan [BELI]

Memang jiwa gadis manis kardigan petit Kate Spade! Warna biru gelap dan digarisi jalur merah jambu serta merah hati cukup membangkitkan aura ayu jelita. DIVA suka dengan bentuk leher crewneck yang terletak selesa, begitu juga dua poket pada setiap bahagian kardigan.
#2 Chanel Cashmere & Silk Black [BELI]

Jika ‘mewah’ itu getaran hidup anda, DIVA cadangkan anda untuk dapatkan kardigan rekaan terbaru dari koleksi Chanel Fall-Winter 2022/2023. Kardigan gabungan fabrik kashmir dan sutera ini turut dihiasi logo double-C pada setiap 3 poket.
#3 Burberry Check Technical Wool Jacquard Cardigan [BELI]

Cukup klasik! Siapa tak kenal cetakan ikonik Burberry ini. Kardigan labuh separa dan berwarna coklat ini sesuai dipadankan dengan apa jua innerwear. Malah ia beri satu look klasik pada si pemakai.
#4 Zara Wool and Alpaca Blend Cardigan [BELI]

Gemar gaya yang simple dan mono? Kardigan labuh ZARA ini tepat sekali untuk membaluti tubuh anda ketika movie night, majlis kasual atau bersiar-siar di taman.
#5 Petit Moi La Semaine Cardigan [BELI]

Dari jenama lokal, Petit Moi ada koleksi kardigan nipis yang serasi untuk cuaca panas seperti di Malaysia. Potongan klasik, warna white-beige dan lengkap sulaman Petit Moi pada bahagian poket kardigan. DIVA akan gayakan bersama long dress atau sekadar bersama t-shirt dan jeans. Serius ringkas dan kemas!
Memakai kardigan memang timeless kan? Mesti kena ada satu kardigan untuk stail kecemasan.
Selamat membeli-belah!
The post Bergaya Dalam Kehangatan Kardigan, DIVA Tampilkan Jenama Terbaik Untuk Kamu appeared first on Diva MY.