
Setiap kali musim Minggu Fesyen, pasti rata-rata jemputan yang terdiri dalam kalangan orang-orang fesyen, model, selebriti, blogger fesyen dan influencer popular media sosial akan berlumba untuk memperagakan helaian fesyen mengikut kreativiti serta trend yang diminati.
Padanan seluar dengan dress labuh? Hmm… macam pelik bukan?
- Foto – Pinterest
Tetapi, ternyata trend ini sebenarnya sentiasa menjadi pilihan, bukan sahaja untuk ‘orang’ fesyen tetapi kita turut sama menggayakan helaian fesyen unik yang digabungkan bersama. Rasanya gaya ini lebih sofistikated dan ada stail yang tersendiri.
Bayangkan pakai dress sahaja nampak bosan, tapi bila ditambahkan dengan jeans, sama ada skinny, flare atau straight, voila kamulah orang paling bergaya sekali.
Mungkin, jika kamu ingin mencabar jiwa fasyenista diri, bolehlah cuba bergaya sakan menggunakan inspirasi dress yang dipadankan dengan seluar ini… Mana tahu nampak serasi?
- Foto – Pinterest
Tips!
1. Pilih dress yang berbelah agar mudah untuk si pemakai mengatur langkah dengan lancar tanpa sebarang halangan. Dalam masa yang sama, ia juga kelihatan lebih kemas dan ‘masuk akal’.
2. Jika tidak mempunyai dress yang berbelah, padankan seluar dengan dress yang jarang kerana fabrik jaranng seperti chiffon kebiasaannya akan dijahit berdasarkan rekaan yang lebih longgar. Mudahlah untuk bergerak!
- Foto – Pinterest
3. Labuh dress hendaklah kurang daripada bahagian betis. Jika terlalu labuh, ia sebenarnya akan kelihatan sedikit ‘selekeh’.
4. Jika kamu seorang yang tinggi, kamu boleh menggayakan apa sahaja jenis seluar bersama dengan dress namun, jika kamu seorang yang genit dan rendah, sila gayakan seluar yang sedikit ketat bersama pilihan dress yang berpotongan pendek supaya nampak sedikit lampai.
- Foto – Pinterest
Okay, sekarang cuba peragakan trend semasa yang tak lapuk dek zaman ini.
The post Dari Gaya Jalanan Minggu Fesyen, Jeans + Dress Jadi Trend Semasa Paling Bergaya appeared first on Diva MY.