Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

BONIA Sambut Era Ikonik Baru Dengan Monogram La Luna

$
0
0

Bila kita bercakap tentang jenama BONIA, persepsi kita ianya jenama untuk golongan ‘makcik-makcik’, walhal kualitinya setanding jenama mahal yang lain.

Kualiti BONIA setanding jenama hebat Coach, harga pun lebih kurang tapi kenapa masih ada yang pandang serong pada BONIA…

BONIA, jenama gaya hidup berinspirasikan Itali yang terkenal untuk barangan kulit berkualiti dengan mutu kerja yang kukuh sejak 1974, telah memperkenalkan logo dan monogram baru sempena ulang tahun ke-48. Corak baru ini datang tiga dekad selepas monogram BONIA pertama diperkenalkan.

Foto – BONIA

Monogram La Luna baru ini diilhamkan oleh fasa perubahan bulan, serta sejarah panjang BONIA yang menjalinkan warisan, ketukangan dan pergerakan kontemporari dalam industri fesyen tempatan. Corak ini turut menggabungkan seni bina Itali, sinonim dengan warisan BONIA.

Gabungan elemen ini mewujudkan pautan garis kursif dan jalinan ‘B’ yang membentuk bulan sabit, terletak di antara satu sama lain, ianya simbol bagi perjalanan penjenamaan semula BONIA.

Bentuk infiniti yang terhasil daripadanya menceritakan kisah jenama BONIA, akar warisan ketukangannya dan semangat juang yang tidak terhenti.

Foto – BONIA

BONIA Pop-Up Khas Di Mid Valley Megamall

Bagi meraikan detik ikonik ini, BONIA melancarkan satu pop-up khas La Luna di Centre Court, Mid Valley Megamall sekarang hingga 14 Ogos 2022.

Di sini, kamu boleh merasakan pengalaman ‘La Luna’, membeli-belah koleksi La Luna dengan diskaun, menyesuaikan pembelian di ‘Personalisation Station’, serta menikmati hidangan ringan dan banyak lagi.

Foto – BONIA

Koleksi La Luna boleh didapati di butik dan dalam talian bermula 15 Ogos 2022.

The post BONIA Sambut Era Ikonik Baru Dengan Monogram La Luna appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271