
Dunia fesyen memang tiada apa yang tertinggal, apa jua yang anda inginkan dalam sekelip mata pasti ada jenama yang mengeluarkannya.
Paling yang tidak disangka ialah phone bag atau beg kecil untuk telefon pintar. Trend ini mendapat tempat di pentas peragaan. Acap kali dijadikan sebagai aksesori untuk gaya fesyen jalanan mahupun fesyen untuk kaum lelaki.
Iyalah, lagi pula orang sekarang hanya perlu keluar rumah membawa telefon pintar. Semuanya guna telefon sahaja untuk pembayaran, tempahan dan membuat sebarang networking.
Peminat fesyen label mewah wajib ada phone bag untuk digandingan outfit atau beg tangan kamu.
DIVA biasa lihat Prada, Fendi dan Chanel yang rajin menunjukkan rekaan phone bag. Ada lagi jenama mewah yang lain menyajikan pilihan phone bag cantik dan menarik!
#1 Balenciaga Shopping iPhone Holder [RM3316]

Antara phone bag yang paling sempurna! Balenciaga perkenal phone bag yang cukup ringkas, lengkap dengan signature logonya dan saiz beg yang pada dengan apa jua saiz smartphone kamu.
#2 Versace La Medusa Phone Pouch [RM3950]

Boleh jinjit atau dipakai secara silang phone bag Versace ini. Kekal dengan simbol ikonik Medusa dan terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan hitam.
#3 Louis Vuitton Flap Double Phone Pouch [RM7650]

Phone Bag LV ini sering digayakan oleh kaum lelaki tapi sebenarnya ia sebuah phone bag yang versatil sesuai untuk wanita. Ini juga antara rekaan terakhir mendiang Virgil Abloh bersama pereka fesyen jepun, DJ Nigo.
#4 Marc Jacobs The Moto Shot Phone Crossbody [RM1026]

Sama seperti beg crossbody Marc Jacobs yang lain dari segi warna, rekaan dan material. Apa yang berbeza ialah beg ini dipakai secara menegak untuk telefon pintar.
#5 Burberry TB Phone Tote Bag [RM5966]

Suka sesuatu yang klasik? Phone bag Burberry ini umpama tote beg kecil dan disuaikan dengan warna perang serta putih untuk memberi aura ‘fesyen lama’.
#6 Alaia Garance Leather Phone Pouch [RM2719]

Sinonim dengan rekaan feminin dan renda sulaman, phone bag Alaia Garance juga tidak ketinggalan direka begitu. Cukup manis sekali jika dipakai bersama dress atau busana tradisional.
#7 Gucci GG-Marmont Quilted Leather Phone Case [RM4288]

Para gadis mesti suka dengan phone bag Gucci yang ini! Diilhamkan dari koleksi GG-Marmont, memang boleh jadi koleksi tambahan.
#8 Fendi Mobile Phone Holder [RM3150]

Digelar sebagai mini baguatte Fendi, phone bag ini dihiasi dengan monogram double F dan 100% kulit.
#9 Hermes In-The-Loop Phone To Go PM Case [RM4500]

Mula dikeluarkan pada tahun 2019, Hermes turut mengolah phone bag dengan mengekalkan sifat elegan, material mewah dan multitasking.
#10 Michael Kors Gramercy Crocodile Embossed Leather Phone Crossbody [RM4199]

Pilihan kulit buaya menjadikan phone bag MK lebih luar biasa. Malah ditambah pula dengan tali berantai yang sangat sesuai untuk gaya parti atau ke kelab malam.
Mesti terkejut kan? Rupanya memang bermacam gaya phone bag yang ada.
Selamat membeli-belah!
The post Selain Prada & Fendi, Phone Bag Juga Jadi Ikutan Label Mewah appeared first on Diva MY.