Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

6 Kot Labuh Bestseller Max Mara Ini Buat DIVA Obses

$
0
0

Sebut sahaja nama selebriti seperti Lady Gaga, Neelofa, Kaia Gerber sehinggalah Kate Middleton mesti wajib keluar bergaya dengan kot labuh Max Mara!

Sehingga buat kita yang duduk di negara panas turut mahu berjemur bersama kot tebal kecoklatan dari label fesyen mewah Itali ini.

Sinonim dengan pembuatan kot labuh atau outerwear, Max Mara sudah tentu memiliki beratus-ratus rekaan kot untuk dijadikan pilihan.

Tak usah pening-pening, DIVA sudah sediakan 6 kot labuh yang paling popular dari Max Mara. Yes, boleh pakai ketika bercuti di London, Paris atau Tokyo nanti!

#1 Max Mara Teddy Bear Icon [RM7730]

Cukup selesa sekali koleksi Teddy Bear Icon ini! Lihat Elsa Hosk cuma menyarung jeans dan t-shirt, kemudian tambah kot Max Mara untuk memanaskan badan.

Foto – Daily Mail

#2 Max Mara Feluca Casmere Coat [RM13,457]

Kot lembut dan ringan dari fabrik kashmir ini sungguh versatil. DIVA suka gaya Katie Holmes yang bersahaja menggayakan kot Max Mara ini.

Foto – Vogue

#3 Max Mara Mademe Coat [RM17,977.60]

Kot koleksi Mademe antara yang paling popular! Ia sedikit sebanyak diilhamkan dari trench coat. Perasan tak, Irina Shayk pakai kot ini dari pentas runway dan terus bawa balik rumah!

Foto – Pinterest / Vogue

#4 Max Mara Tedgirl Coat [RM7393.39]

Comel betul Hailey Bieber dalam kot tebal Max Mara Ted Girl. Pilihan bulu alpaca dan fabrik sutera menjadikan ia sebuah kot yang terbaik untuk dipakai sepanjang musim sejuk.

Foto – Pinterest / Celeb Daily

#5 Max Mara Labbro Cashmere Coat [RM12,519.35]

Potongan lurus, dua lapik belahan dada pada kot Max Mara Labbro membuatkan Angelina Jolie bertambah elegan.

Foto – British Vogue

#6 ‘S Max Mara Esturia Virgin Wool Coat [RM3115.54]

Kalau suka gaya kot yang lebih moden dan ringkas, anda boleh cuba ‘S Max Mara Esturia. Ambil contoh seperti Priyanka Chopra pakai, memang chic sangat!

Foto – Pinterest

Gambar-gambar kot yang dipakai para selebriti ini mungkin sedikit berbeza dengan DIVA cadangkan. Namun ia masih mempunyai gaya potongan yang boleh memberi anda bayangan sebenar apabila ia digayakan.

Tak cukup dengan pilihan 6 bestseller diatas? Anda boleh terus layari untuk world.maxmara.com untuk add-to-cart. Selamat membeli-belah!

The post 6 Kot Labuh Bestseller Max Mara Ini Buat DIVA Obses appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271