
Siapa sahaja dimuka bumi ini pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah beg bukan? Tidak kira lelaki atau wanita, pasti mahukan beg yang mempunyai fungsi yang lengkap pada setiap aspek dan memberikan gaya pada penampilan. Seiring mengikut peredaran fesyen, jenama beg berkualiti TUMI bakal memberikan fungsi dan gaya dalam pada rekaan Musim Bunga 2017 ini.
Kombinasi warna klasik dan terang dan inspirasi rekaan dari Havana, ibu negara Cuba yang terkenal dengan pertembungan dua zaman moden dan kolonial telah mencipta kombinasi gaya beg untuk mereka yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian tapi masih mementingkan stail dan kualiti.
Koleksi Beg Kembara TUMI Musim Bunga 2017
Kembara tanpa bagasi memang mustahil, TUMI hasilkan koleksi bagasi yang mempunyai pelbagai guna dan rekaan yang menyerlahkan personaliti anda sebagai seorang pengembara!




Koleksi Beg Wanita TUMI Musim Bunga 2017
Backpack, tote atau crossbody bag semuanya ada di TUMI! Jika anda mahukan gaya ceria dan muda koleksi Sinclair dan Voyaguer sedia menjadi pelengkap gaya. Malah untuk kelihatan elegan, dapatkan koleksi beg tangan hitam putih dari Marielle.




Koleksi Beg Lelaki TUMI Musim Bunga 2017
Anda seorang lelaki yang lasak atau cermat? Koleksi beg untuk lelaki dari TUMI khas untuk anda yang mahukan gaya santai tapi masih menyerlah kelakian sebenar anda. Pelbagai akses fungsi, fabrik tahan lasak dan rekaan yang mempunyai pilihan untuk gaya santai dan sofistikated.




Setiap rekaan beg dari TUMI memang tepat pada jiwa pengembara, kualiti dan rekaannya seiring dengan kehendak masa kini. Bagi anda yang masih lagi mencari-cari beg yang menepati aspek gaya personaliti diri anda, boleh memilih pelbagai koleksi Musim Bunga 2017 TUMI. Segera ke butik TUMI berhampiran anda atau layari laman rasmi TUMI Malaysia tumi.my untuk lebih banyak berkenaan koleksi mereka.