
Khas buat si pemakai yang gemarkan gaya santai ala fesyen nostalgia yang memberi 1001 elemen klasik, UNIQLO bakal melancarkan koleksi rekaan istimewa dari pereka Perancis Ines de la Fressange sempena musim Bunga/Panas 2017 yang diinspirasi dari sebuah bandar terkenal di daerah Selatan Perancis yang digelar Marseille.
Setiap satu helaian adalah berdasarkan reka bentuk yang segar, merangkumi aspek yang digarap dari persekitaran musim panas yang ceria dan nyaman.
Jaket, seluar, skirt, dress dan baju-T, semuanya tampil sensasi diselit dengan sifat dan ciri versatile yang amat bersesuaian dengan trend fesyen semasa. Tidak hanya polos, koleksi ini bijak menggabungkan penggunaan cetakan seperti motif floral serta corak titik.
Rangkaian ini secara keseluruhan menggandingkan fabrikasi mewah yang terdiri dari satin, linen, fabrik kait dan banyak lagi.
Amat selesa untuk dipakai secara santai mahupun saat bergerak tangkas, UNIQLO mahu memberi lebih banyak pilihan pakaian yang selesa buat para pencinta fesyen di luar sana. Itulah yang menggambarkan ciri versatile UNIQLO LifeWear.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.uniqlo.com