Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Reka Bentuk Unik Ala ‘Kuih Lapis’, PEDRO Kenalkan Koleksi Beg Riata!

$
0
0

Bila terpandang beg baru daripada PEDRO, teringat pula pada rupa bentuk kuih lapis. Berwarna-warni lapisannya dan sangat unik!

Untuk keluaran beg terbarunya, PEDRO memperkenalkan beg Riata yang pasti menjadi aksesori ‘wajib’ untuk setiap wanita pada musim panas ini.

Beg Riata ini menggunakan reka bentuk tali tunggal yang unik di mana kamu boleh laraskannya untuk pakai secara silang atau di atas bahu. Dan apa yang menarik perhatian DIVA apabila melihat beg ini adalah reka bentuknya!

Foto – PEDRO

Secara keseluruhan DIVA boleh katakan beg ini direka berinspirasikan oleh silangan tali yang bercantum di bahagian tengahnya. Dan di sebalik silangan tali ini, beg Riata diperincikan dengan jaringan untuk beri kesan peek-a-boo padanya.

Bukan itu sahaja beg ini juga dikeluarkan dalam dua saiz berbeza; sederhana dan kecil serta pelbagai warna. Jadi mudahlah untuk kamu sesuaikan beg ini dengan jenis personaliti dan gaya pilihan,

Foto – PEDRO

Bagi DIVA, beg Riata ini sangat cantik dalam warna hijau. Warnanya yang agak rare ini pasti boleh naikkan seri gaya kamu!

Berharga RM329 (saiz sederhana) dan RM279 (saiz kecil), beg Riata boleh dibeli secara dalam [talian] atau di butik PEDRO. Happy shopping!

The post Reka Bentuk Unik Ala ‘Kuih Lapis’, PEDRO Kenalkan Koleksi Beg Riata! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271