Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

Perkenalkan Gucci x Oura Ring, Cincin Emas 18 Karat Dengan Fungsi Kesihatan

$
0
0

Fesyen bertemu kesihatan!

Selepas smartwatch, muncul pula smart ring. Gucci tampil dengan inovasi baru ke arah kesihatan dan kesejahteraan dengan kolaborasi ini.

Rumah fesyen dari Itali itu mengumumkan kolaborasi terbaru dengan Oura, syarikat dari Finland yang membangunkan ‘smart ring’ untuk menyediakan pelanggan dengan data dan panduan kesihatan abadi.

Foto – Gucci

Uniknya Gucci x Oura Ring, direka dengan logo G bersambung dalam emas kuning 18 karat. Corak obor berjalin melilit pada jalur titanium bersalut PVD hitam, menjadikannya lebih daripada aksesori kesihatan biasa.

Cincin Mewah Bergabung Dengan Kesihatan

Dipasangkan dengan teknologi Generasi 3 Oura, menampilkan set penderia yang boleh membaca pelbagai vital badan dan seterusnya mengedarkant metrik kesihatan. Cincin mempunyai sensasi isyarat yang jauh lebih kuat daripada sekadar aksesori yang memberikan statistik kesihatan yang serupa.

Gucci x Oura Ring turut mempunyai kadar jantung dan pernafasan hingga suhu untuk menyasarkan potensi kesan tekanan atau penyakit pada badan. Ia juga termasuk fungsi analisis tidur yang menjejaki kualiti tidur berdasarkan vital dan masa yang dihabiskan dalam setiap peringkat tidur.

Foto – Gucci

Setiap hari, metrik tahap kesihatan akan diterjemahkan melalui aplikasi Oura Ring yang boleh kamu akses.

Berbaloi ke beli? Tepuk dada tanya selera, kamu boleh dapatkan Gucci x Oura Ring di sini.

The post Perkenalkan Gucci x Oura Ring, Cincin Emas 18 Karat Dengan Fungsi Kesihatan appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271