
Beruntung kita di Malaysia dengan cuaca panas dan lembap, dapatlah sentiasa bergaya dengan dress musim panas.
Gaun atau blaus labuh sangat mencerminkan aura feminin dan romantis. Ia sering kali menjadi pilihan untuk dipakai ketika temu janji, parti kasual atau sekadar gaya harian.
Namun, cuaca panas juga boleh jadi masalah bila mula berpeluh dan fabrik dress boleh menyebabkan iritasi kulit.
Jadi, DIVA nak bantu anda untuk memilih kriteria dan rekaan dress yang sesuai untuk dipakai sepanjang musim panas ini.
Fabrik yang sesuai untuk musim panas…
Anda wajib pilih fabrik atau kain yang mudah menyerap peluh dan selesa pada kulit. Sebagai contoh, anda boleh guna fabrik dari kapas, kapas jersi atau variasi fabrik linen.
Fabrik-fabrik ini sangat bagus menyerap peluh, ringan, lembut dan membenarkan kulit bernafas.
Idea rekaan dress musim panas…
Ternyata banyak potongan dress yang bukan sahaja meraikan ‘musim panas’ tapi juga memberi rasa nyaman pada si pemakai. Mari lihat contoh yang DIVA sediakan…
#1 Camisole Dress
Antara dress yang paling popular, klasik dan menambahkan lagi aura keanggunan. Ia juga sehelai pakaian yang multi-tasking, anda boleh pakai bersama jaket, tumit tinggi, sneakers atau apa sahaja untuk mencerminkan mood anda ketika itu.
Zara Floral Print Corsetry-Iinspired Dress [BELI]

#2 Cut Out Dress
Sedikit peek-a-boo pada dress ini membuatkan ia menambah ilusi langsing dan seksi. Bahkan anda tampak begitu selesa dengan potongan yang sederhana.
Love, Bonito Brea Elastic Cut Out Dress [BELI]

#3 Shirt Dress
Dress yang versatil boleh dipakai untuk majlis siang atau malam. Malah, anda boleh jadikan ia sebagai jaket labuh. Kalau ingin kelihatan lebih chic, padankan juga dengan jeans.
Uniqlo Printed Rayon Band Collar Long Sleeve Dress [BELI]

#4 One Shoulder Dress
Ada majlis makan malam atau acara luar pada waktu malam? Dress ini beri aura sensual dan mesra dalam pada masa yang sama. Jangan lupa, pilih potongan bawah yang lebih flowy.
H&M One Shoulder Dress [BELI]

#5 Mini Dress
Tak kisah samada berlengan atau tidak, mini dress sentiasa jadi pilihan utama ketika musim panas. Ia mudah digayakan, cukup selesa dan boleh dipadankan dengan apa jua aksesori.
Cotton On Turner Strappy Mini Dress [BELI]

Cantik kan semua? Anda boleh pilih samada untuk dress bercorak atau sekadar warna kosong. Bergantung pada citarasa masing-masing.
Selamat menikmati musim panas!
The post #DIVAKongsi Rekaan Dress Sesuai & Selesa Untuk Cuaca Panas Di Malaysia appeared first on Diva MY.