
Tatkala ramai yang ingin beg tangan dari koleksi baharu, pasti ada juga yang masih menunggu jualan beg tangan vintaj dari jenama-jenama fesyen terkemuka.
Bukan apa, rekaan yang terhad dan klasik kadang memberi elemen unik pada si pemakai. Di tambah pula, nilai beg tangan yang semakin lama semakin bernilai harganya.
Jenama beg tangan Gucci antaranya memuncak nilainya dan kualiti rekaan yang tak pernah luntur. Saban tahun, sejak 1947 ada sahaja rekaan ikonik menjadi pujaan setiap peminat double G ini.
Mari lihat 10 beg tangan vintaj yang masih lagi anda boleh gayakan dan simpan sebagai pelaburan masa depan.
#1 Lady Lock 2Way Bag (1990)
Cukup klasik beg tangan segi empat dengan signature lady lock. Ia boleh dijadikan aksesori stail buat anda untuk menghadiri majlis formal, perkahwinan atau parti kasual.
- Foto – Catawiki
#2 Shelly Line GG Pattern Hole (1990)
Tiada lagi yang lebih ikonik dengan corak GG dan tali beg tangan gabungan warna hijau, merah lambang mewah Gucci.
- Foto – FARFETCH
#3 Crocodile Bamboo Bag (1995)
Merupakan beg tangan rekaan pertama oleh Tom Ford sebagai pereka fesyen untuk Gucci ketika itu.
- Foto – 1stDibs
#4 Flower Print Jackie Bag (1999)
Vintaj sangat bila lihat beg tangan Jackie dalam bentuk floral begini. Ini juga antara rekaan dari air tangan Tom Ford.
- Foto – Resee
#5 Sequin Fringe Dragon Bag (2004)
Semuanya tentang kerlipan gemerlapan! Perincian beg tangan Gucci yang ini memang luar biasa. Sesuai untuk dijadikan beg tangan parti dan hadiri makan malam.
- Foto – 1stDibs
#6 Dionysus Shoulder Bag (2010)
Siapa yang tak mahu menjinjit beg tangan dengan rekaan ikonik kunci berkepala harimau Gucci ini. Koleksi ini kian jadi rebutan ramai samada dalam rekaan vintaj mahupun baru.
- Foto – Pinterest
#7 Guccissima Queen Hobo Bag (2010)
Terbayang zaman Kim Kardashian bila melihat beg tangan Guccissima. Rekaan yang memberi aura nostalgia alaf 2000.
- Foto – Open for Vintage
#8 Bamboo Flap Tote (2010)
Antara tote bag yang popular ketika itu, rekaan yang sangat ringkas bertahtahkan kunci buluh.
- Foto – Luxury Shops
#9 Sylvie Leopard Print Shoulder Bag (2010)
Beg tangan corak harimau bintang ini terus memberi mood cool dan seksi pada si pemakai.
- Foto – Popsugar
#10 Intelocking G 2Way Bag (2010)
Susah nak cari sekarang, beg Gucci dengan kunci ikonik GG terbalik ini. Ia sebuah beg yang memberi nilai jualan yang tertinggi.
- Foto – Collector Square
Antara semua ini, yang mana sudah menjadi pilihan anda? Kongsikan!
The post 10 Beg Vintage Gucci Masih Bernilai & Jadi Rebutan Ramai appeared first on Diva MY.