
Sekali dah shopping di SHEIN, memang hari-hari nak buka aplikasi lihat apa yang baru! Hebat penangan SHEIN, buat kamu ketagih.
Nak tahu, SHEIN, peruncit dalam talian bagi produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup mengumumkan pelancaran evoluSHEIN di seluruh dunia. EvoluSHEIN mengetengahkan saiz yang inklusif, bahan yang diyakini, dan koleksi yang menyokong projek pemerkasaan wanita di seluruh dunia.
- Foto – SHEIN
Selain itu, dengan membeli-belah di evoluSHEIN, pelanggan dapat menyokong kerja Vital Voices. Ia merupakan sebuah organisasi antarabangsa terkemuka yang melabur dalam pemimpin wanita yang menghadapi cabaran terbesar dunia, termasuk keganasan berasaskan jantina, krisis iklim, ketidaksamaan ekonomi, dan banyak lagi.
Keluaran pertama pakaian evoluSHEIN akan menampilkan poliester kitar semula, gentian yang diperoleh daripada sisa plastik. Mengurangkan sisa dan memperkenalkan bahan kitar semula adalah tonggak utama visi SHEIN dan masa depan yang mampan untuk fesyen yang boleh diakses.
- Foto – SHEIN
- Foto – SHEIN
SHEIN turut melancarkan 6.6 Mid-Year Sale, jualan pertengahan tahun terbesar dengan ganjaran yang kamu tidak mahu ketinggalan. Kamu akan dapat memanfaatkan diskaun besar-besaran apabila kamu membeli-belah di SHEIN. Dari 1 hingga 7 Jun, dapatkan diskaun sehingga 90% untuk item terpilih daripada katalog SHEIN.
The post SHEIN Lancar Pakaian Baru ‘evoluSHEIN’ Untuk Pemerkasaan Hak-Hak Wanita appeared first on Diva MY.