
Queen of fashion!
Dipilih menjadi salah seorang ahli juri di Festival Filem Cannes ke-75, Deepika Padukone telah membuatkan ramai orang terpaku dengan kehadirannya.
Walaupun sibuk dengan jadualnya sebagai seorang juri, pesta dan sebagainya, aktres Bollywood ini tidak lepaskan peluangnya untuk tampil glamour di sepanjang minggu festival ini.
Daripada saree, gaun hingga ke pant-suits, Deepika sememangnya tidak mengecewakan orang ramai dengan pemilihan fesyennya. Jom lihat di bawah;
Untuk look yang pertama, Deepika memilih saree hitam-emas daripada Sabyasachi.
Nampak ringkas tapi look ini tonjolkan aura feminin Deepika!
Memilih outfit yang direka oleh pereka India iaitu Sabyasachi, look ini dilengkapkan rantai extravaganza miliknya dan juga kasut yang dihiasi dengan batu permata.
All in red! Ditambah pula dengan rantai leher berlian, sangat bergaya.
Serba serbi dalam pant-suit berona hitam, ditambah pula dengan rantai leher daripada Cartier.
Ringkas dalam hugging dress, Deepika ‘tambahkan’ serinya dengan rantai berlian daripada Cartier.
“Louis Vuitton tetap di hati!”
Sangat cute dengan outfit ala-ala back to school dengan skirt berona hot pink dan blaus bercetak.
Memilih Louis Vuitton untuk look seterusnya, Deepika padankan gaun pendeknya dengan jaket berona beige serta but tinggi.
Sculpted gown berona oren ini dipadukan dengan anting-anting berona kontras untuk lengkapkan gaya Deepika.
Hanya perlukan fringe dress Louis Vuitton sahaja sudah cukup untuk dapatkan look yang glamour.
Sweet and gorgeous!
Sangat anggun dengan gaun hitam-emas yang dipasangkan dengan kot bulu, mewah dan eksklusif!
Sebagai penutup festival ini, Deepika memilih saree berona putih ini yang dipadankan dengan rantai mutiara.
Sangat glamour! DIVA beri
The post Deepika Padukone Curi Tumpuan Di Festival Filem Cannes, Gaya Mana Jadi Pilihan Kamu? appeared first on Diva MY.