
FabIndia telah melancarkan jenama yang sesuai dengan gaya generasi milenium yang dipanggil FabNu- koleksi pakaian barat yang trendy, selesa dan mampu milik yang ditujukan khas untuk minda generasi muda. Pelancaran ini terdiri daripada empat aliran iaitu Indie Dreams, Flashback, Conversation Starter dan Folkadelic.
Indie Dreams dipacu oleh kraf cetakan blok indigo dengan penggayaan keselesaan yang mudah. Manakala Flashback pula adalah satu penghormatan kepada gaya retro yang diberi nafas baru. Conversation Starter adalah tentang keseronokan dan keriangan, dan Folkadelic adalah pujian kepada beberapa anyaman kotak-kotak madras asli dalam pewarna benang yang cantik dan meraikan warna dengan cara yang terbaik.
Identiti Jenama FabNu
FabNu ialah sub jenama FabIndia. Ia adalah jenama yang berasal dari India dengan pencapaian global yang sangat diperlukan dan menarik kepada pelbagai pengguna. Huruf ‘n’ mengalir ke dalam ‘U’ untuk mewakili pergerakan. Pengguna milenial tidak hanya selalu bergerak secara fisik, tetapi juga terus berupaya untuk naik tahap lebih tinggi dan berkembang. Bunga itu mewakili pertumbuhan, serta kecantikan anda yang mekar dan menghormati keperibadian.
Cogan Kata – Unapologetically You
Menangkap semangat seluruh generasi, konsep ini merayakan individualiti dan kepercayaan pada diri sendiri.

“Berpegang teguh pada imej jenama, FabIndia terkenal dengan keselesaan dan keanggunan. Ia adalah jenama yang sangat disyorkan untuk semua jantina dan kumpulan umur. Kami benar-benar teruja untuk membawa FabNu ke Malaysia dan percaya ia akan menarik minat pasaran tempatan kami merentasi semua genre dan budaya”- kata Datin Manjari, Pengarah FabIndia Malaysia.
“Perbezaan utama antara FabIndia dan FabNu adalah dari seni rekaannya dimana FabIndia lebih kepada unsur keindiaan dan FabNu pula dilihamkan lebih kepada unsur barat. Namun begitu, standard dan kualiti pakaian masih setanding. Secara ringkasnya, mutu hasil seni buatannya baik, mampu milik dan bergaya”- akhiri Datin Manjari.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini mengenai FabNu, layari Pautan FB dan pautan instagram.
Fabindia Malaysia terletak di No 20,Jalan Bunus 6 Off Masjid India, Kuala Lumpur manakala di NU Sentral Mall berada di Tingkat 1.
The post FabIndia Melancarkan Koleksi Terbaharu “FabNu” appeared first on Diva MY.