Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

#DIVAKongsi 6 Warna Beg Tangan ‘Senang Masuk’ Dengan Baju

$
0
0

Bila fikirkan tentang trend fesyen memang tak akan pernah lumpuh. Sentiasa ada sahaja yang baharu dan bergerak seiring peredaran masa. Memang jenuh kalau nak selalu bertukar-tukar item fesyen di dalam almari.

Begitu juga dengan aksesori beg tangan yang sering menjadi must item bila anda bersiap-siap untuk OOTD. Rekaan beg tangan kini memang berlambak, dan kadang-kala tidak mungkin disesuaikan dengan setiap musim fesyen.

Alternatif yang lain untuk beg tangan anda sentiasa fresh pada setiap musim fesyen ialah dengan memiliki warna-warna beg tangan yang tidak lapuk. Ya, warna antara peranan penting dan pemilihan yang tepat boleh menjadikan beg tangan anda stail yang tak akan pernah mati!

#1 Hitam

Warna yang tak pernah salah! Tidak kira apa jua jenis beg tangan anda, ia akan sentiasa memberi mood aura beg tangan baru dan classy.

Foto – Bagover.com

#2 Coklat

Beg tangan warna coklat atau perang antara yang perlu ada selepas warna hitam. Simpanlah berapa lama pun beg tangan coklat anda, ia tetap masih relevan dengan apa jua outfit terbaru.

Foto – Harper’s Bazaar

#3 Merah

Kalau anda suka gaya outfit polos atau monochromatic, beg tangan warna garang ini boleh menambah fun dan cool pada stail anda.

Foto – The Business of Fashion

#4 Hijau Lumut

Warna hijau pekat atau hijau kecoklatan ini mengetengahkan gaya ringkas atau inspirasi dari Muji outfit. Rona hijau lumut ini ada sesuatu yang unik.

Foto – SACLAB

#5 Mustard

Antara warna beg tangan yang menonjol yang boleh menggantikan warna-warna beg tangan neutral. Warna kuning untuk stail jalanan, kasual atau bercuti.

Foto – The Blonde Salad

#6 Merah Jambu

“Pink is a new black!”. Warna yang tak akan buat anda bosan dan paling mudah dipadankan dengan pakaian tradisional mahupun sekadar T-shirt dan seluar jeans.

Foto – Fashionista

Warna-warna beg tangan diatas memang senang masuk dengan apa jua warna baju atau stail anda. Cuma anda kena bijak dengan olahan mix and match! 

The post #DIVAKongsi 6 Warna Beg Tangan ‘Senang Masuk’ Dengan Baju appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271