
Met Gala 2022 bertemakan Gilded Glamour? Susah rasanya kalau tak mahu nampak menonjol dan glow kan?
Selepas melihat beberapa foto selebriti berada di karpet merah Met Gala 2022, DIVA bukan sahaja tertarik dengan pakaian mereka. Malah aksesori yang “bling-bling” diperagakan oleh mereka juga menarik!
Daripada kepala hingga ke kaki, DIVA kongsikan beberapa gambar selebriti dengan aksesori yang mereka pakai semasa Met Gala 2022. Sangat cantik dan semuanya daripada jenama mahal tau.
Bad Bunny
Padankan sut khas daripada Burberry, Bad Bunny mengenakan aksesori emas termasuklah di bahagian rambutnya daripada jenama Soulle.
Blake Lively
Setia dengan jenama Lorraine Schwartz, Blake mengenakan mahkota tujuh duri yang diinspirasikan daripada Statue of Liberty.
Michelle Yeoh
Ringkas dalam persalinan gaun hijau, Michelle Yeoh memakai rantai leher daripada Tasaki dan jam tangan daripada Richard Millie.
Carey Mulligan
Lain daripada yang lain, Carey Mulligan mengenakan anting-anting berunsurkan planet daripada Schiaparelli.
Vanessa Hudgens
Memakai gaun serba hitam daripada Moschino, Vanessa padukan gayanya itu dengan beberapa aksesori seperti anting-anting chandelier Desert Bloom, rantai tangan Exoctic Charm Messika by Kate Moss dan cincin daripada Miss Milla serta Diamond Catcher.
Gigi & Bella Hadid
Gigi memilih rantai leher daripada Chopard; mutiara berona greyish-pink yang dilengkapkan dengan batu tourmaline dalam rona fuchsia gelap dengan aksen berlian. Adiknya, Bella Hadid pula mengenakan rantai kaki mutiara daripada Briony Raymond.
Emma Chamberlain
YouTuber Amerika, Emma Chamberlain mengenakan Tiara Kokoshnik iaitu platinum dan berlian daripada Cartier. Manakala chocker berlian Cartier dipakaianya itu pernah dimiliki oleh Maharaja Yadavindra Singh di India.
Semua nampak cantik dan memikat mata!
The post Mewah Dengan Aksesori Di Met Gala 2022, Selebriti Pilih Jenama Mahal Ini appeared first on Diva MY.