
“Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu!”
Semalam, 8 Mei 2022, merupakan sambutan Hari Ibu di seluruh negara. DIVA nak tanya, bagaimanakah kamu menyambutnya, adakah bawa ibu pergi membeli-belah, buat jamuan atau bercuti?
Jika kamu tidak lakukan perkara di atas, DIVA syorkan untuk kamu belikan hadiah pada ibu kamu. Lebih istimewa dan sentimental! Lihat di bawah;
YSL Libre EDP [BELI]
Untuk ibu yang sukakan wangian berunsurkan flora, YSL Libre EDP ini menggabungkan keberanian aromatik dan haruman pati lavendar dari Perancis. Disuntik pula dengan sedikit Moroccan Orange Blossom, iaitu gabungan bunga unik yang dilengkapi dengan nota Musk Accord.
Psst… Jangan lupa untuk ukir nama ibu kamu pada botol pewangi ini okay!
GUCCI Canvas Wide Brim Hat [BELI]
Sambil lindungi diri daripada matahari dan nak nampak bergaya dalam satu masa, cuba hadiahkan ibu kamu topi lebar ini daripada GUCCI. Tampilan monogram GG di seluruh topi ini boleh jadi pilihan hadiah yang terbaik pernah kamu berikan!
The North Face Anorak [BELI]
Jika ibu kamu seorang yang aktif dan suka bersukan, pakaian luar yang ringan daripada The North Face ini DIVA syorkan! Kalis air, kalis angin dan paling penting ada poket berzip untuk memudahkan ibu kamu letak barang pentingnya.
Salvatore Ferragamo Vara Woven Ballerinas [BELI]
Diilhamkan oleh tenunan kasut rafia yang diperbuat pada tahun 1930-an oleh jenama ini, kasut Vara Woven Ballerinas berwarna-warni ini dapat menambahkan elemen retro pada gaya moden ibu kamu.
BONIA Limited Edition Crystal Venice [BELI]
Diinspirasikan daripada tenunan tradisional, beg edisi khas ini menggabungkan dua era yang berbeza; tradisional dan moden. Dihiasi pula dengan rantai emas sebagai pemegang, beg ini pilihan terbaik untuk naikkan seri ibu kamu!
Jangan lupa dapatkan item di atas sebagai hadiah untuk Hari Ibu, better late than never!
The post “Selamat Hari Ibu”- #DIVAKongsi 5 Item Yang Boleh Jadi Hadiah appeared first on Diva MY.