Quantcast
Channel: Fesyen Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271

DIVA Suka Set Telekung Untuk Tarawih & Solat Raya Ini!

$
0
0

Bagi wanita muslim sudah tentu wajib ada set telekung yang disimpan di rumah mahupun pejabat. Apatah lagi di musim wabak ini, kita disarankan membawa telekung sendiri untuk menunaikan solat ketika travel atau singgah di pusat perhentian.

Masuk pula di bulan Ramadhan ini, bukan sahaja baju raya tapi telekung juga menjadi buruan ramai sebagai kelengkapan sehingga Syawal.

DIVA sediakan seleksi set telekung yang semakin menjadi dambaan muslimah dan antara kualiti telekung yang tiada tandingan.

#1 Telekung Haliza Maysuri [BELI]

Dari air tangan pengasas Bawal Exclusive, Telekung Haliza Maysuri mengetengahkan konsep set telekung dari fabrik dan butiran perincian yang mewah. Jenama telekung ini pernah menjual telekung dengan butiran batu Swarovski dan jahitan renda penuh bernilai RM14,000.

Foto – IG @telekunghalizamaysuri

Setiap koleksi telekung yang dikeluarkan memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan kualiti fabrik telekung seperti pada pakaian berjenama.

#2 Naelofar – Set Telekung Iman [BELI]

Pemilik jenama Naelofar iaitu Neelofa tidak ketinggalan mengeluarkan set telekung tersendiri. Apa yang menarik perhatian DIVA tentang telekung Iman ini ia mempunyai bucket bag yang multitasking dan bahagian poket pada kain telekung.

Foto – naelofar.com

Dari harga RM299 ternyata ramai yang berpuas hati dengan kemasan sulaman dan paling penting kain telekung sejuk dan tidak mudah berkedut.

#3 Leya Zara – Telekung Rawdah ‘Safia Series’ [BELI]

Koleksi telekung Rawdah dengan ‘Safia Series’ kali ini membawa warna-warna telekung yang unik dan berani. DIVA cukup suka sekali bila beg telekung ini rupanya boleh dijadikan sebagai sejadah apabila bawa ketika travel.

Foto – Shopee @leyazara.os

Material 100% kapas yang digunakan pada telekung memberi keselesaan berpanjangan ketika menunaikan sembahyang.

#4 Inner Sejuk – Telekung Suqainah [BELI]

Rekaan telekung yang ringkas tapi sangat mementing keselesaan si pemakai. Fabrik yang digunakan ialah DriChill® Tuff yang inovatif dengan kemasan yang mewah. Setiap jahitan telekung memastikan kesesuaian ruang muka supaya sempurna sepanjang hari. 

Foto – Shopee @innersejukofficialstore.os

Manakala potongan ‘Fishtail’ pada telekung pula direka untuk menyerlahkan lagi kesopanan dan memastikan anda berasa yakin ketika melakukan rukuk dan sujud.

#5 Telekung Aleena – Koleksi Lily [BELI]

Sungguh cantik sekali telekung koleksi Lily dari Telekung Aleena yang menggunakan corak bunga lili dan pilihan 6 warna telekung yang lembut. Fabrik pula dari moss crepe yang berkualiti, ternyata sejuk, tidak melekap pada badan dan corak warna tidak mudah luntur.

Foto – aleena.com.my

Siap dapat beg telekung yang matching untuk disimpan dan dibawa kemana sahaja!

#6 Zara Awliya – Telekung Camellita-X [BELI]

Siri Telekung Camellita-X dari Zara Awliya menawarkan pilihan warna monotone untuk aura simple dan moden. Fabrik telekung pula dari jenis magnolia crepe yang terletak, lembut dan sejuk.

Foto – Shopee @zaraawliya

Bahagian awning tudung tanpa getah dan luas bagi memberi fleksibiliti untuk sesuai semua jenis muka. DIVA tertarik bahagian muka telekung begini kerana dahi tak rasa sakit ketika sujud.

#7 Hanna Mirae – Telekung Cik Bunga [BELI]

DIVA sangat teruja melihat set telekung dari Hanna Mirae yang bermotifkan bunga-bunga kecil ini! Telekung Cik Bunga ialah satu koleksi telekung travel yang lengkap beg. Material lembut dan ringan french silk ini memudahkan telekung dilipat dan disimpan.

Foto – hannamirae.com

Rekaan telekung comel ini sesuai untuk anak-anak gadis.

Puas tak menjamu mata? Anda juga boleh jadikan set telekung di atas sebagai pilihan hadiah untuk ibu, ahli keluarga atau sahabat karib.

The post DIVA Suka Set Telekung Untuk Tarawih & Solat Raya Ini! appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2271